Jumaat, 26 Disember 2008

Bekam Lintah...



well, entry kali nie aku nak citer pasal pengalaman aku melakukan Bekam Lintah! frankly, aku mmg tak penah berdepan dengan lintah (bukan lintah darat a.k.a Ah Long iye..) atau kene gigit ngan lintah (ala2 budak bandar giteww...). so, aku mmg tak tau sgt pasal lintah nie, selain lintah nie suka isap darah org jer (mmg adik beradik lintah darat!)
Ramai org yg geli ngan lintah nie. mungkin sbb bentuk fizikal dia yg mcm cacing. selalu dgr org kata, lintah gigit tak rasa sakit. ada jugak org kata lintah nie bagus untuk isap darah kotor. dan sekarang nie pun dok riuh org bela lintah utk buat ubat. tapi tak penah ler pulak aku nampak ubat lintah kat kedai2 jamu atau kat farmasi. takat minyak lintah utk urut btg tu kat chow kit berlambak ler org jual!
actually, aku nie selalu rasa lenguh2 kat bahu. mungkin sbb keje dok mengadap komputer jer. so, pada ari Rabu baru2 nie (24th Dec), sbbkan takder keje n holiday mood, so aku dengan senang hati surf net mencarik2 pusat2 yg buat bekam lintah nie. banyak gak tmpat yg buat bekam lintah nie rupanye. tapi semuanye jauh2. setelah memikirkan faktor tempat dan harga. so, aku buat appointment ngan Abg Fiezed nie.

So, balik dari keje terus aku pickup Hans kat UIA dan terus ke Bukit Beruntong. dlm kul 9.30, kami sampai ke rumah teres 2 tingkat, harga sewa rm250 jer! mmg patut ler murah, ulu banat sgt tau area tu. well, umah tu mmg Abg Fiezed sewa khas utk buat keje2 parttime nie. dia ada menawarkan service urut tradisional, bekam (angin, darah n lintah) n mandi wap bunga n herba. tapi utk mandrem, mak esah atau ilmu mistik dia tak buat iyek.
selalunye dia akan mengurut org dulu sebelum berbekam. coz dia nak tau tempat2 maner yg darah tak lancar. tapi sbbkan aku tak nak diurut (geli uols..) . so aku bagitau yg aku selalu lenguh2 bahu. bila dia pegang bahu aku, dia kata urat bahu aku mmg tegang. darah tak lancar. mungkin sbb banyak sgt toksin dlm badan kot.

dia suruh aku menirap diatas katil urut. berdebar uols. pastu sekor2 dia letakkan lintah kat atas badan aku. mula2 lintah tu gigit, mmg sakit la uols. terasa gigi lintah tu. rasa geli pun ada, espacially bila lintah tu meliuk2 atas badan aku. choii sgt! bila once dia dah isap darah dah, terus lintah tu dok melekat kat badan aku. 4 ekor dibelakng dan 2 ekor dimuka. masa diambil untuk semua lintah tu kenyang ngan darah aku adalah 1jam 15min. bila dah kenyang, sekor2 jatuh dengn sendirinye. tapi yg paling degil adalah lintah yg paling besar tu. walaupun dia dah full tapi dia still tak nak jatuh2. sedap sgt ke darah aku? takpun lintah jantan gatai kot! so terpaksa ler Abg Fiezed tanggalkan lintah sekor tu dari belakang aku. pastu Hans tolong tampalkan plaster kesemua tmpat gigitan lintah tu. iye la, takan nak kasi org lain pegang badan aku kan. hehe
Abg Fiezed kata darah aku pekat coz selalunye darah org akan mudah mengalir lepas lintah jatuh, tapi darah aku tak! dia kata lepas 4 jam baru darah akan berhenti. yg pasti, darah aku nie tak berhenti gak sampai ke subuh. mmg aku perasan, darah aku nie lambat beku. kurang zat besi kot. hehe. apapun, kesan dari bekam lintah nie akan dirasai selepas 3-4 hari. so, sama2 ler kite tunggu ek!
well, naper aku pilih bekam lintah nie coz:
  1. dia mengeluarkan darah yg bertoksik dari badan.
  2. air liur lintah ada enzim utk menyahbekukan darah, yg sekaligus menambah mengaliran darah dlm salur darah.
  3. tak ada kesan lebam2 mcm rawatan bekam biasa tu.
  4. tak risau tentang penyakit coz lintah nie lepak guna terus di buang. bukan di recycle iye.

well, ada yg bertanya camner lak dikatakan lintah tu isap darah toksik. coz darah mengalir satu badan. jawapannye ialah, kulit merupakan salah satu organ perkumuhan seperti hati dan buah pinggang. kebanyakan toksik dlm badan akan disimpan di hati. dan lebihannye akan di keluarkan melalui air kecik atau air besar, serta melalui peluh. jadi salur darah pada kulit kita membawa sebahagian toksik yg tak mampu di tampung oleh hati. dan sbbkan kite nie jarang sgt nak berpeluh (dok kat aircond, bersenan pun jarang..) jadi banyak toksik akan terkumpul pada kulit. tu sbbnye jerawat naik mcm cendawan jer, ataupun kulit jadi kusam, atau mcm2 penyakit kulit lagik. jadi dengan kata lainnye, darah yg di isap oleh lintah atau di bekam merupakan darah yg mengandungi toksik dlm badan. so, kalau nak kulit wajah jelites... apa kata kite mencuba sama2, rawatan lintah pada wajah!

1 ulasan:

adin ohsem berkata...

bro,kalo xnak try urut y dont u try using hot pack.ade jual kat pharmacy.apply kat shoulder about 10-15 minutes.pas tu buat senaman regangan sikit kat shoulder girdle.try google(http://www.exrx.net/Stretches/PectoralisMinor/Wall.html.)insyaallah kurang sikit bahu tu keras/sakit. :) btw,nice blog.. ^,^

Related Posts with Thumbnails