Isnin, 22 Disember 2008

Main Pusing2 Botol!!

Well, jumaat mlm yg lepas seperti biasa kami adik beradik berkumpul kat kedai Mat Tom Yam. pada mulanye agak kekok nak berkumpul lepas kes KakLong.... (tapi dah ok dah! kan KakLong..!!) . Bila sampai sana, aku tgok semua ceria2 gitu... tapi aku still was2, adakah semua plastik atau betol2. So, selepas sesi luahan rasa dari Kak Long, baru aku yakin semuanye betol2 ceria dan clear. muuaahhh uols!!

Kehadiran: Kak Long, Kak Ngah, Aku + Hans, Kak Teh1 + Syah, KakTeh2, Kak Chik, Kak Su + KK (lewat).


Untuk menceriakan lagik mlm tu, Kak Long mencadangkan kami main pusing2 botol!! cara main dia lebih kurang cam gabungan "Truth or Dare" dan "Spin the Bottle" yg selalu budak2 org putih dok main masa summer camp or slumber party gitew... cuma rules main pusing2 botol dah diubah sikit. No kiss@ aksi lucah and no dare@ aksi ngeri. jawapan hendaklah truth sahaja iye... walaupun terpaksa menebalkan kulit muka sendiri (tidak menggunakan Revlon atau sewaktu dengannye iye..)

cara2 main seperti berikut:
  1. setiap org akan mengambil giliran utk memusingkan botol.
  2. bila botol berhenti pusing dan muncung botol menghala pada seseorg. org tersebut dikire sebagai mangsa!
  3. jadi pemusing botol akan mengambil kesempatan nie utk melepaskan soalan cepumas@maut kepada mangsa.
  4. mangsa terpaksa jawab dengan sejujur2nye iye... so, pandai2 ler mangsa nak mengolah jawapan agar tak timbul kontroversi iye. mmg berpeluh uols nak menjawab nie...
  5. akhir sekalik jangan lupa utk menjauhkan objek2 tajam disekeliling, takut ada pulak yg masuk berita utama, kes mati kene cucuk coz main pusing2 botol nie. so berhati2 iye..
  6. dan tak lupe... couple2 tak leh dok sebelah menyebelah iye.

so mlm tu dengan galaknye, kami memulakan giliran mengikut pangkat adik beradik. bermula dari Kak Long, Kak Ngah, Kak Lang (aku ler..) , Kak Teh1, KakTeh2, KakChik, KakSu, Abg Lang (Hans, laki aku..), Abg Teh1 (Syah) dan akhirnye Abg Su (KK).

Org yg paling banyak kene tanya ada lah Kak Long dan Kak Ngah! ala2 cam ikan tak cukup air jer, tercungap2 nak menjawab. kesian diaorg! dan antara soalan lite2 yg favorite ialah... "dlm kalangan ipar duai nie (Hans, Syah, KK, Amril, Acap), sapa yg paling disukai", dan "dlm adik beradik nie sapa yg paling tak di sukai". soalan kategori mistik lak... " berapa org tok bomoh yg dah berjumpa..?". dan soalan yg mengundang kontroversi lak ialah... " Camner taste KK?", jawapannye lak... " KK sebenarnya Straight! entah ler, KK masih dlm kegelapan...". Hayoo!! hehe... apapun, sebabkan kami nie still ada nilai2 wanita timur, jadi takder la soalan2 yg berbau SENSUAL @ 18SX yg diutarakan. tapi jgn hampa... there will be next round!!! hehehe...

2 ulasan:

Irfan berkata...

hahahha..kelas entry nie kak long suka..nanati kak long pun nak updated kan kisah nie....

avegalion berkata...

hehe.. tapi tak sehebat entry kaklong yg penuh dengan unsur2 lawak jenaka...

Related Posts with Thumbnails