Rabu, 10 Disember 2008

~ Kau Ku Sayang ~







Dina meletakan beg pakaiannya di tepi pintu. Kemudian dia beralih, memandang segenap ruang tamu. Memeriksa jika dia terlupa sesuatu.
“Dina, cepat la..”, panggil Susan sambil melangkah keluar dari pagar rumahnya. Setelah mengunci pintu, Dina pun terus berlari kecil menuju ke Jeep Pradeo milik Ronny, bersama beg ditangannya.
Tapi sebelum melangkah masuk ke dalam jeep, mata Dina sempat meliar mencari kelibat Syed. Tak ada. Dina tersenyum lega.
“ Dina, Ron kata Syed tak leh join kita sebab sakit perut”, ujar Ija dari tempat duduk hadapan, bersebelahan dengan Ronny yang memandu.
“ Dia sakit perut ker... alhamdulilah..”, ujar Dina selamba. Memang dia berharap sangat agar Syed tidak turut sama. Jejak perasan handsome. Tak putus-putus memuji diri sendiri, kononya ramai peminat. Tapi, awek tak ada jugak!
“ Tak baik you nie..”, Susan menoleh kebelakang memandang housematenya.
“ Iye la, I bersyukur la sebab dia sakit perut jer. Kalau dia sakit otak ker sakit jantung ker, tak ker parah...”, ujar Dina sambil tersenyum sinis. Hery disebelah Susan, tersengih mendengar kata-kata Dina.
“ Dina, tak per ker tak ada partner?”, tanya Hery cuba memerangkap.
“ Lagi bagus..”, balas Dina sepontan. Kusyen kecil di peluknya. Susan tersenyum memandang temannya. Dia tahu benar, Dina cukup tak suka bila dipadankan dengan Syed. Dia lebih sanggup tinggal seorang di rumah, dari keluar bersama mereka dan Syed.
Pradeo meluncur laju memasuki lebuhraya PLUS, menuju ke utara. Dari corong speaker, DJ Bob dari Mix FM menemani mereka sepanjang perjalanan ke Cameron Highland. Destinasi percutian 3 hari 2 malam mereka. Dan disitulah bermula segalanya.
Setelah hampir 4 jam memandu, akhirnya Jeep Pradeo hitam itu, memasuki perkarangan rumah rehat yang memiliki seni bina Cottage Inggeris lama. Dengan halaman yang luas dan bunga-bunga rose yang segar berkembangan, menjadikan ketenangan tampak dimata.
Sebaik saja Ronny menarik hand break Pradeonya, Dina terus meluru keluar ke laman. Bunga-bunga rose, satu persatu diciumnya. Udara segar Banjaran Titiwangsa disedut dalam-dalam. Terasa paru-parunya kembali bernafas.
Ija dan Susan hanya menggeleng kepala memandang telatah housemate mereka. Nyata, seperti kanak-kanak di taman permainan.
“ Sudah ler tu makcik oii. Jom bawak masuk barang-barang nie...”, panggil Ija sambil memunggahkan barang-barang mereka keluar dari jeep. Dina tersengih menyambut panggilan Ija. Susan sudah pun melangkah kedalam rumah rehat mereka, bersama Hery.
Dengan malas, Dina menjinjing beg pakaiannya masuk kedalam rumah. Sebaik saja melangkah masuk, Dina bagaikan terpukau melihat susunan perabot Inggeris lama, bersertakan dengan ‘fire place’ yang siap dengan kayu apinya sekali. Dirasakan bagai berada di pendalaman England. Memukau.
Kemudian Dina berlari kecil ke tingkat 2. Biliknya diapit oleh bilik Susan dan Ija. Hery dan Ronny, duduk di bilik bawah.
Sebaik saja masuk kebiliknya, Dina mencampakan beg pakaiannya ke tepi. Dan terus melepaskan tubuh langsingnya keatas katil. Dia menarik nafas dalam-dalam. Bau kayu dari katil dan almari, amat segar terasa.
Kemudian, dia bangun melangkah ke tepi tingkap. Cantik pemandangan terbentang didepannya. Dari situ, dia dapat melihat ladang teh di lereng-lereng bukit. Kehijauannya, seakan memberi ruang untuk matanya bernafas.
Kemudian ada ketukan di pintu biliknya. Wajah Susan terpampang disitu.
“ Dina, kami nak keluar beli additional things untuk barbeque malam nie. You nak ikut tak?”, tanya Susan.
“ You all pegi jer la. I tak nak nanti I mengganggu.. “, sengih Dina mengusik. Susan mencebik manja.
Bersama Susan, Dina melangkah turun. Ija, Ronny dan Hery, sudah bersedia di ruang tamu.
“ Dina tak nak ikut ”, nyata Susan, sebaik saja kakinya melangkah ke anak tangga terakhir. Dina hanya tersenyum, mengiyakan kata-kata Susan.
“ Are you sure Dina?”, tanya Ronny kepastian. Dina mengangguk memberi jawapan.
“ you all just have fun, ok. I nak melepak kat sini”, senyum Dina menampakan baris gigi putihnya.
“ Ok. Kami gi kejap jer. Promise! “, Ija menunjuk tanda ‘pease’ dengan 2 jari halusnya. Dina membalas dengan cara yang sama.
Setelah menghantar teman-temannya keluar dengan pandangan. Dina terus melangkah ke halaman. Bunga-bunga rose pelbagai warna, dibelai satu persatu.
Kemudian, dia ternampak bilik store di belakang rumah rehatnya. Perlahan dia melangkah mendekati store. Dari luar dia dapat melihat besi-besi buruk dan barang-barang lama. Kemudian, dia terpandang sebuah basikal tua. Masih elok. Masih teguh. Kemudian, Dina mendapat idea.
Pintu store yang sedia tak berkunci terus dibukanya. Basikal tua yang tersandar didinding, terus disorong keluar. Diamat-amati basikal tersebut. semuanya masih dalam keadaan elok. Kalau ronda-ronda pun, best jugak nie. Hati Dina membisik nakal.
Dina memanjangkan lehernya. Ladang teh, jelas kelihatan. Situ yang akan ditujunya. Berdasarkan naluri, Dina terus mengayuh basikal keluar dari kawasan rumah rehatnya.
Deretan rumah-rumah banglow yang punyai senibina rumah Inggeris lama teratur di kiri kanan jalannya. Suasana begitu tenang. Dina terus mengayuh basikal, melencong ke arah satu simpang kecil.
Setelah 10 minit mengayuh, Dina memasuki sebatang jalan yang belum berturap. Batu-batu kelikir bertaburan dijalan. Kiri kanannya, belukar kecil segar menghijau.
Dari hadapan, ada seorang lelaki sedang berjalan, arah bertentangan dengan Dina. Dengan rambut cacak, dan wajah seakan Takenouchi Yutaka, pelakon Jepun, Dina benar-benar terpegun. Cute! Detik hati Dina nakal.
Tapi entah bagaimana, tayar basikalnya terkena batu kelikir dan tergelincir jatuh. Dina cuba menahan dengan kakinya, tapi nyata dia tersilap hitungan. Terus dia pun jatuh bersama basikal tuanya.
“Aduuiii...”, rungut Dina, sambil menyapu-nyapu lengan sweaternya dari kotoran.
“ Awak tak apa-apa?”.
Dina melangut memandang arah suara itu. Lelaki tadi berdiri di hadapannya. Lagi mau tanya, cebik hati Dina.
“ Saya saja suka-suka duduk kat sini jer”, balas Dina tajam. Jejaka itu tersenyum bila menyedari dia bertanyakan soalan yang salah.
Tanpa menunggu riaksi Dina, lelaki itu terus mengangkat basikal tua itu dan di tongkatkannya. Kemudian, dia menghulurkan tangannya kepada Dina. Gadis itu teragak-agak untuk menyambut tangan dari lelaki yang tidak dikenalinya itu. Dia mencari-cari kejujuran pada mata itu. Lelaki itu tetap tersenyum. Dia faham situasi Dina.
Sebaik saja Dina sedia untuk bangun, pergelangan kaki kirinya terasa sakit. Pegangan tangan lelaki itu dilepaskan.
“ Sakit..”, ujar Dina, sambil memegang pergelangan kakinya. Tanpa kata, lelaki itu duduk dihadapan Dina. Kasut Nike dan stokinnya ditanggalkan. Kemudian, lelaki itu menekan lembut pergelangan kaki Dina dengan jari telunjuk dan jari hantunya. Muka Dina berkerut menahan sakit, bila jari-jari itu menekan dibawah buku lalinya.
Jejaka itu bangun dan memandang sekeliling. Kemudian dia melangkah ketepi belukar. Dari situ dia mengambil segengam daun pokok renek dan diramasnya.
Dari poket seluar, dia mengeluarkan saputangan. Sekali lagi dia duduk dihadapan Dina. Daun-daun yang sudah diramas itu, diletakan pada pergelangan kaki Dina, dan dibalut dengan saputangannya.
“ Untuk apa nie?”, tanya Dina ragu-ragu. Jejaka itu tersenyum memandang Dina.
“ Awak akan tau nanti..”, ujarnya ringkas. Tanpa di pinta, jejaka itu terus mendukung Dina dan di letak keatas basikat tuanya. Dengan berhati-hati, jejaka itu menyorong basikal patah balik kejalan besar.
“Maner rumah rehat awak?”, tanya jejaka itu jujur.
“ Maner awak tau saya duduk kat rumah rehat?”, Dina menjawab dengan pertanyaan.
“ Sebab saya tau awak bukan orang sini, dan datang untuk bercuti jer..”, jelas jejaka itu. Dina memandang jejaka itu meminta penjelasan lebih.
“ Orang sini, tak pakai macam nie gi tanah perkuburan..”, ujar jejaka itu sambil tersenyum.
“ Kubur?!” ulang Dina tak percaya. Jejaka itu mengangguk.
“ jalan awak masuk tu, ada kubur jer “, jelas jejaka itu lanjut. Dina tersipu malu. Memandai sendiri, itu ler jadinya, bisik hati Dina mengaku.
“ Awak nak kemana sebenarnya?”, tanya jejak itu lembut.
“ Saya nak gi kat ladang teh tu...”, ada kecewa pada suara itu. Jejaka itu memandang Dina simpati.
“ Ok, esok pagi tunggu saya depan rumah rehat awak. Saya bawak awak gi ronda-ronda satu Cameron nie”, selamba jejaka itu bersuara. Dina memandang jejaka itu tak percaya.
“ Betul ker nie?”, ulang Dina kepastian. Jejaka itu tersenyum melihat wajah Dina bercahaya kembali.
“ Sungguh..”, ringkas jejaka itu menjawab. Tapi sudah cukup untuk membuatkan Dina tersenyum girang.
Pergelangan kaki Dina mula terasa hangat. Sakitnya pun kian berkurang. Dina memandang jejak itu.
“ Sakit kaki saya dah kurang dah. Daun apa yang awak bubuh tadi tu?”, tanya Dina penuh minat.
“ Daun tu kami di sini panggil daun pupun. Orang asli guna untuk melancarkan pengaliran darah”, terang jejaka itu ringkas. Dina mengangguk tanda faham.
“ sebabkan kaki awak cuma terseliuh sikit jer, jadi saya letakkan daun tu untuk membuka rongga urat awak..tu sebab sakitnya hilang..”, kali ini Dina terpaku mendengar penjelasan jejaka itu. Hebat!
“ Awak nie doktor ker?”, sepontan Dina bertanya. Jejak itu tergelak kecil dan hanya menggeleng kepala. Dia hanya lelaki biasa.
Untuk seketika, baru Dina perasan, jejak itu menyorong basikalnya tanpa mengetahui rumah rehatnya.
“ Yang awak dok tolak basikal nie, awak tau ker maner rumah rehat saya?”, tanya Dina, pelik bila melihat jalan yang mereka berada sekarang sama dengan jalan yang dilaluinya tadi.
“ Tak. Saya agak jer. Dah saya tanya, awak tak jawab..”, ujar jejaka itu tersenyum memandang Dina. Gadis itu pun turut tersenyum. Mata tepat bertentangan. Ada sesuatu bermain di tasik hati.
Setelah hampir 20 minit jejaka itu menyorong basikal, dengan petunjuk arah dari Dina, mereka pun sampai di pintu pagar rumah rehatnya. Jeep Ronny telah sedia berada disitu. Pasti teman-temannya sudah pulang.
Jejaka itu berhenti, dan menongkat basikal tua itu. Dengan berhati-hati, dia itu memapah Dina turun dari basikal.
“Ok ker?”, tanya jejaka itu. Ada sejalur kerisauan pada matanya.
“ Ok. Thanks..”, ujar Dina lembut, sambil mengangguk kecil. Sebuah senyuman diberikan untuk jejaka itu. Dan senyumannya berbalas.
Jejaka itu terus melangkah meninggalkan Dina dihadapan pagar.
“Awak!”, panggil Dina. Jejaka berpaling kebelakang, memandang Dina.
“ esok pagi, pukul 9 saya tunggu awak kat sini..”, ujar Dina tersipu malu. Jejaka mengangguk, tanda pasti. Jelas ukiran senyum gembira terpahat diwajah itu. Esok kita akan bertemu lagi, bisik hati lelakinya.
Tanpa menunggu lama, Dina terus menolak basikal tuanya masuk dengan terjengket-jengket. Dia tak mahu teman-temannya sedar akan kepulangannya.
Sebaik saja dia melepasi Jeep Prodeo, Ija menegurnya.
“ You pi maner? Risau kami tau..”, terus Susan, Ronny dan Hery muncul depan pintu. Dina hanya tersenyum kelat. Memang dia bersalah.
“ Sorry...”, ujar Dina, menekap kedua belah tapak tanganya. Ija mencekak pinggang. Selaku ibu berhadapan dengan anaknya.
“ Sorry la. I tau I salah. I just keluar ronda-ronda jer tadi...”, jelas Dina meminta simpati. Susan mengeleng-geleng kepala. Ronny dan Hery tersenyum memandang telatah teman wanita mereka. Sayang sungguh mereka pada Dina.
“ kaki you tu kena apa?”, tanya Susan, sebaik saja tersedar, sebelah kaki Dina berbalut dan tak berkasut. Dina tersengih lagi. Dia tak tahu apa yang harus dia jawab.
“ Ok lah...I nak simpan basikal nie dulu”, terus Dina melangkah laju menuju ke store. Kakinya tak lagi sakit untuk bergerak. Susan dan Ija hanya mampu mencebik geram. Teman mereka ini memang pandai berdolak dalih.
Malam itu, seperti yang dirancang, mereka mengadakan barbeque parti. Ronny dan Hery bergilir-gilir menjadi tukang bakar. Dengan daging, ayam, kentang dan jagung sedia dibakar. Kedinginan malam, menambahkan lagi suasana.
Susan sudah pasti bersama Hery, Ija pula tentu bersama Ronny. Yang tinggal hanyalah Dina yang tekun menghabiskan semua yang dihidangakan.
Mulutnya menguyah, tapi fikirannya terus merewang mengenai lelaki misteri itu. Entah mengapa, bersama lelaki itu, dia terasa diri dilindungi. Lelaki itu tahu menghormatinya dan tidak mengambil kesempatan atas kelemahannya. Dina kagum. Masih wujud lagi lelaki jenis itu di muka bumi ini.
Ingin dia menceritakan kepada Susan dan Ija. Tapi dia amat yakin, kedua temannya itu pasti menghalang. Mereka pasti takut lelaki itu akan membuat sesuatu kepada Dina. Namun, hati Dina begitu yakin, lelaki itu jujur dan ikhlas. Dia amat yakin....


Sinar mentari pagi membelai lembut tanah tinggi Cameron Highland. Sisa-sisa kabus masih jelas, walaupun mentari kian memanjat tinggi.
Dina berdiri tegak di tengah halaman. Menarik nafasnya dalam-dalam, menyedut udara paling segar yang tak mungkin ditemui di ibukota. Kemudian dia membongkok kehadapan, kiri dan kanan, melakukan senaman ringan.
Setelah merasakan otot-ototnya meregang, Dina pun melangkah masuk ke rumah. Di ruang tamu, Ija dan Susan yang masih dengan pajama, duduk bersama mug berisi koko panas ditangan.
“ Ron ngan Hery tak bangun lagi ker?”, tanya Dina, bila bayang Ronny dan Hery tak kelihatan. Ija menggeleng lemah. Kemudian tangannya menutup mulut, bila sisa menguap masih terasa.
“ So, apa plan you all hari nie?’, tanya Dina lagi. Susan memandang Dina dengan tanda tanya.
“ You all? Kenapa, you tak nak join we all ker?”, Susan sengaja menekan perkataan ‘you all’ dan ‘we all’. Dina tersenyum.
“ Takkan ler I nak ganggu kot... by the way, I ada plan lain hari nie..”, ujar Dina perlahan pada penghujung ayatnya. Mug di tangan Ija dicapainya. Seteguk koko panas dijamah.
“ semalam dah puas ronda..hari nie pun nak ronda lagik ker??”, tanya Ija mula segar. Mug kembali beralih tangan. Segera kes semalam timbul semula.
“ alah girls...semalam lain, hari nie lagi best...”, balas Dina mengenyit mata, dan terus berlari menuju ke biliknya. Ija dan Susan sekali lagi mencebik geram.
Di bilik, segera Dina mencapai tualanya dan menuju ke bilik air. Air panas yang menyirami tubuh gebunya, terasa segar. Selesai mandi, terus Dina menyiapkan diri.
Jam ditangan menunjukan hampir pukul 9 pagi. Setelah mengenakan sweater merah dan seluar jeans lusuhnya. Dina melangkah turun dari bilik.
Ija, Susan, Ronny dan Hery yang tengah bersarapan dimeja, memandang kehairanan. Awal sekali, gadis itu bersiap. Dina menyambut pandangan mereka dengan senyuman.
Tanpa sepatah kata, Dina duduk dimeja. Koko panas yang tersedia didepannya diteguk. Kemudian, roti bakar disapukan butter dan jam. tanpa menghiraukan 4 pasang mata yang memandangnya, terus roti itu dijamah.
“ you nak kemana sebenarnya nie?”, tanya Ija, tak dapat bertahan. Risau benar dia, kalau-kalau terjadi sesuatu pada housematnya itu.
“ alah, I nak gi kat ronda-ronda. Don’t worry, ada tourist guide..”, ujar Dina lembut.
“ Tourist guide maner pulak you ambik nie?”, Susan pula bersuara. Ada keraguan pada wajah gadis itu.
“ alah, budak sini. Semalam dia la yang tolong I..”, ujar Dina memberi keyakinan pada temannya.
“ budak besar ker, budak kecik?”, tanya Hery berminat.
“ mesti la budak besar.. cute lagik tau”, ujar Dina, sambil menghabiskan baki roti bakar ditangannya.
“ Sejak bila masa pulak you cepat percaya kat orang nie?”, keraguan Ija makin terserlah. Dina bukan jenis mudah percaya pada orang, tambah pulak lelaki.
“ Sejak semalam..”, sengih Dina. Ija mencebik mendengar loyar buruk Dina.
“ ambik nie, if anything goes wrong... you tau nak guna, kan “, ujar Ronny, menghulurkan breath spray kepada Dina. Gadis itu mengangguk kecil dan tersenyum.
“ Ronn..”, tegur Ija masam. Geram dia bila teman lelakinya menyebelahi Dina.
“ What? Bagi ler peluang Dina nak enjoy herself..she’s a big girl”, Ronny memberi sokongan. Jejaka itu tersenyum memandang Dina. Hery mengangguk tanda setuju.
“ Oklah, I tau you all risaukan I. I really appreciate that. I janji I akan balik sebelum 7 malam. Kalau I balik jugak, you report polis..”, Dina seloroh. Hery dan Ronny tergelak kecik.
“ make sure before 7, tau..”, ujar Ija. Tajam mata itu memandangnya.
“ ok, before 7..”, ujar Dina tersenyum, sambil menunjukan tanda pease dengan jarinya. Terus dia bangun dan melangkah keluar.
Susan dan Ija, cepat-cepat melangkah ke pintu. Dari situ mereka nampak, Dina menaiki Suzuki Trooper berwarna kuning. Ada seorang budak kecli ditempat duduk belakang. Terasa kurang sedikit kerisauan mereka.
Dina yang duduk di hadapan, terkejut bila terpandang budak kecil, berusia 5 tahun di belakangnya. Lelaki yang menolongnya semalam tersenyum.
“ Nie Adi, anak buah saya”, terang lelaki itu, seolah membaca apa yang berlegar difikiran Dina.
“ Hai Adi”, tegur Dina tersenyum. Adi membalas, menampakan baris giginya yang tak cukup.
“ saya bawak dia sama sebab tak nak bagi orang lain pandang serong pulak kat kita”, jelas jejaka itu sambil tersenyum memandang Dina. Senyuman istimewa untuk gadis itu. Dina mengangguk tanda faham.
“ Awak sarapan dah ker?”, tanya lelaki itu memandang Dina disebelahnya.
“ dah. Awak?”, tanya Dina pula. Sesekali dia menoleh memandang Adi yang duduk diam di belakang. Jelas sekali, budak itu masih mengantuk.
“ Belum. Ingatkan nak sarapan ngan awak..”, ujar lelaki itu lembut. Dina terpaku sejenak mendengar kata-kata itu. Terasa debaran dihatinya.
“ tak kisah punye. Perut saya boleh isi lagi..”, ujar Dina selamba. Menutup debaran hatinya. Jejaka itu tersenyum.
Trooper kuning itu terus merentasi bukit dan memasuki sebatang jalan kecil. Dina memandang kehijauan di kiri kanan jalan. Segar terasa.
Kemudian, Trooper itu berhenti ditepi sebuah bangsal.
“ Adi, bangun”, kejut Dina lembut. Adi mengeliat, meregangkan otot-ototnya. Adi tersenyum memandang Dina. Gadis itupun turut tersenyum.
“ jom”, ajak lelaki itu, sambil membawa bakul ke bangsal. Dina melangkah menuruti jejaka itu. Kemudian langkahnya terhenti. Dia terpegun. Dihadapannya terbentang ladang teh yang segar menghijau. Dina bagaikan ingin menjerit gembira.
Jejaka itu tersenyum memandang Dina, yang terpaku menikmati pemandangan ladang teh. Setelah membentangkan kain pelapik diatas bangsal. Jejaka itu mengeluarkan sandwich, muffin, chocolet kek dan buah-buahan. Adi pula membawa sekotak fresh oren dan sebekas flask air.
Dina bagaikan tak percaya melihat jejaka itu menyediakan semuanya itu.
“ Awak buat semua nie ker?”, tanya Dina melihat hidangan dihadapannya. Lengkap.
“ bukan saya yang buat. Mak Adi yang buatkan..”, jejaka itu tersenyum. Dia mengambil sandwich dan muffin, dan diletakkan ke pinggan dihadapan Dina. Kemudian kopi Arabian beans panas dituangkan. Aromanya mengasyikkan.
“ Boss, Adi ambik satu “, ujar Adi meminta kebenaran. Jejaka itu mengangguk dan tersenyum. Adi mencapai muffin dan terus berlari turun. Berlari antara celah-celah pokok teh yang menghijau.
“ Kenapa dia panggil awak boss?”, tanya Dina hairan.
“ Sebab famili dia kerja ngan famili saya”, balas jejaka itu ringkas. Dina mengangguk tanda faham. Mungkin mereka dah biasa dengan panggilan seumpama itu, jelas hati Dina.
“ Awak nak tau, nie sarapan yang tak mungkin saya lupakan..”, ujar Dina sambil memandang ladang yang bagaikan permaidani dihadapannya. Jejaka itu tersenyum.
“ ada ke saya sebahagian daripadanya?”, tanya jejaka itu bagaikan menguji. Dina tersenyum memandang wajah lelaki dihadapanya. Ada debar dihati.
“ iye, awak sebahagian daripadanya...”, balas Dina lembut. Sejak semalam, hatinya benar-benar rindu untuk melihat senyuman jejaka itu. Dan kini senyuman itu terpamir dihadapannya.
“ So, apa plan awak untuk saya hari nie?”, tanya Dina cuba mengalihkan perasaannya.
“ tu kena tunggu la. Baru ler suprise..”, jejaka itu tersenyum sambil menyuapkan muffin kemulutnya. Dina mencebik manja.
“Awak tinggal di sini sampai bila?”.
“ Esok pagi kami balik KL”.
“ So bila lagi nak datang sini?”. Ada harapan pada wajah jejaka itu.
“ bila iyek? Bila awak jemput saya lagi ler kot..”, Dina tersengih. Jejaka itu tersenyum, tapi ada sesuatu disebalik senyumannya itu. Matanya dilarikan ke ladang menghijau.
“ kalau saya jemput pun, nak ker awak datang ke tempat terpencil nie?”, uji jejaka itu lagi.
“ Saya dah jatuh cinta dengan tempat nie... kalau awak tak jemput pun, saya sure datang lagi..”, balas Dina memberikan senyuman paling manis buat jejaka itu.
“ awak jatuh cinta ngan tempat nie, dengan orangnye macam maner pulak?”, tanya jejaka itu nakal.
“ dengan orangnye...saya jatuh...basikal”, Dina tergelak kecil. Jejaka itupun turut ketawa. Bahagia terasa disaat itu. Belum pernah Dina merasa perasaan begini bersama lelaki. Inilah yang pertama kalinya. Peristiwa semalam adalah pertemuan bagi mereka.
Kemudian pandangan Dina di lontarkan kembali ke permaidani hijau yang terbentang dihadapannya. Adi berlari naik semula ke bangsal.
“ kak, jom turun”, Adi menarik tangan Dina.
“Jom..”, tanpa membuang masa, Dina pun turut berlari bersama Adi diantara pokok-pokok teh yang tumbuh renek. Sesekali, dia menoleh memandang jejaka itu di bangsal. Dina melambai. Dan lambaian itu dibalas.
Berada ditengah-tengah rimbunan pokok teh segar, bersama cuaca yang sejuk, amat nyaman terasa. Dian menarik nafas dalam-dalam. Biar segar seluruh urat sarafnya.
“ kakak nak kawin ngan boss ker?”, pertanyaan Adi secara tiba-tiba membuatkan Dina tergamam. Dia memandang wajah kecil itu.
“ takde la. Akak kawan boss jer..”, balas Dina lembut. Dia tak mahu budak itu salah sangka. Nanti tau dek mak bapak dia, kecoh pulak. Bisik hati Dina.
“ tapi boss tak pernah pun bawak perempuan jalan-jalan. Akak sorang jer ”, kata-kata Adi benar-benar menarik perhatian Dina. Senyuman terukir diwajahnya. Ada sesuatu berkocak ditasik hati.
“ Boss ada cakap apa-apa tak pasal akak?”, tanya Dina mencongkel rahsia. Adi bagaikan memikir sejenak.
“ takde pun”, ujar Adi ringkas. Dina melepas nafas panjang. Kemudian dia tersenyum kembali. Perempuan pertama dia bawak jalan-jalan, menarik tu. Bisik hati Dina nakal.
Setelah lebih 2 jam berada disitu, akhirnya mereka beralih tempat. Trooper kuning itu terus menjelajah. Membawa Dina ke puncak bukit, melihat permandangan seluruh banjaran Titiwangsa. Nyata gadis itu benar-benar terpukau dengan ciptaan tuhan. Untuk seketika mereka berada disitu, kemudian mereka kembali turun dan terus menghala ke Strawberry Garden Hotel.
Sesampai di Strawberry Garden Hotel, mereka memasuki Strawberry Garden Lounge. Disitu, mereka dibawa oleh seorang pelayan ke meja untuk 3 orang.
“ Adi nak makan apa?”, tanya Dina lembut sambil membuka menu. Jejaka yang duduk dihadapannya tersenyum memandang. Seolah-olah, seorang ibu melayan anaknya.
Setelah Adi membuat pilihan, Dina pula membaca isi menu.
“ Awak nak makan apa?”, tanya jejaka didepannya.
“ Ikut awak ler..”, ujar Dina. Malas dia nak memilih. Perutnya masih lagi kenyang.
“ ikut saya?! Ikut saya balik rumah ker? ”, jejaka itu tersenyum nakal. Dina mencebik manja. Adi terkekeh ketawa. Suasana benar-benar terasa bagaikan mereka satu keluarga. Sinar mata jejaka itu benar-benar mengusik hatinya.
Setelah hampir sejam menjamu selera, mereka bertiga melangkah keluar ke taman, dihadapan Starwberry Garden Hotel itu. Adi terus berlari ke tempat permainan meninggalkan mereka berdua.
Jejaka itu mengambil tempat dibawah pokok pine muda. Dina duduk disebelahnya, mengadap Adi yang sedang bermain papan lunsur. Sesekali budak itu melambai kearah mereka. Dina tersenyum membalas.
“ dah lama ker famili dia kerja ngan awak?”, tanya Dina membuka bicara. Jejaka itu memandang gadis di sebelahnya. Ayu.
“ lama jugak, sebelum saya lahir lagik “, ujar jejaka itu jujur.
“ manja dia dengan awak iye”, sepontan Dina berkata. Jejaka itu tersenyum.
“ iye la, saya tak ada adik. Dia pulak, abang kakak dia tinggal di asrama. Jadi, kemana pun kami berdua jer la”, jejaka itu tersenyum. Dina mengangguk kecil.
“ abang ngan kakak awak, tak tinggal sekali ker?”, tanya Dina lanjut. Entah mengapa, dia begitu berminat ingin mengetahui latar belakang jejaka disebelahnya itu.
“ Tak. Abang saya, sorang keje kat KL dan sorang lagik keje kat Penang. Kakak saya pulak tinggal kat UK”, jejaka itu menjawap soalan.
“ United Kingdom?!”, Dina ingin kepastian.
‘ Ulu Kelang laa..”, jejaka itu ketawa kecil. Dina pun turut ketawa. Terasa mesra disaat itu. Walaupun baru 2 hari bertemu, namun kemesraan bagaikan lama terjalin. Bagaikan ada keserasian antara mereka.
Jejaka itu nampak tenang, tetapi sesekali nakal. Sentiasa mencari peluang untuk memancing hati gadis disebelahnya. Dan Dina pula, tetap ramah bergurau.
“ Awak percaya pada takdir?”, tanya jejaka itu tiba-tiba. Dina memandang dengan tanda tanya.
“ Percaya. Kenapa?”, balas Dina yang masih dalam teka-teki. Jejaka itu tersenyum. Adakah mereka ditakdirkan untuk bertemu?
“ Tak ada apa. Saja tanya”, jejaka itu bagaikan menyembunyikan sesuatu.
“ langit tak runtuh laut tak bergelora, kalau bertanya mesti ada sebabnya..”, sepontan Dina berpantun.
“ Wah, pandai awak berpantun. Tapi rasa cam sumbang sikit la, cam tak cukup harkat..”, jejaka itu terkekeh ketawa. Dina mencebik manja. Dia pun turut ketawa.
Bahagia terasa bersama jejaka ini. Dia sendiri tak tahu untuk mentafsir perasaannya. Suka sudah pasti, tapi tahap mana, dia sendiri tak tahu jawapannya. Cinta? Mana mungkin wujud cinta dalam masa 2 hari. Itu tanggapan Dina. Yang pasti, ada kuntum rindu dihati.
Setelah hampir jam 6 petang, Trooper kuning berhenti di hadapan rumah rehat Dina. Gadis itu masih didalam.
“ So...tima kasih bebanyak”, ujar Dina perlahan. Tiba-tiba terasa sayu hatinya. Esok mungkinkah dapat bertemu lagi. Harap Dina dalam diam.
“ esok pagi, boleh ker kalau saya datang?”, kata-kata jejaka itu bagaikan orang ngantuk disorong bantal. Dina tersenyum girang.
“ datang la. Awak mesti datang”, ujar Dina girang. Mata gadis itu bercahaya. Ada sinar mengharap. Jejaka itu tersenyum.
“ Ok, saya mesti datang”, balas jejak itu memberi kepastian.
“ Adi nak ikut jugak”, sampuk Adi dari belakang. Dina ketawa kecil.
“ anyway, thanks a lot untuk hari nie. I really enjoy it. Especially, tang makan tu..”, seloroh Dina cuba mengawal perasaannya. Berat untuk dia berpisah. Jejaka itu ketawa kecil. Ada sesuatu di mata itu. Dia pun berat untuk menghantar gadis itu pulang.
Dari tingkap ruang tamu, Ija dan Susan mengintai. Kelihatan Dina terus melambai walaupun Trooper kuning itu sudah berlalu. Senyuman pada wajah gadis itu lain dari yang lain. Ada keriangan. Kemudian, Dina melangkah perlahan masuk ke perkarangan rumah rehat mereka.
“ hai!!” , tegur Ija dari muka pintu, menyambut Dina pulang. Dina hanya tersenyum tawar. Tiba-tiba hatinya terusik sunyi.
“ kenapa nie?”, tanya Ija sebaik saja melihat mendung dimata temannya itu. Dina hanya menggeleng kepala. Hatinya bagaikan ada beban yang merantai. Mengapa tiba-tiba, terasa rindu?
“ Budak tu buat apa-apa kat you ker?’, tanya Susan melulu.
“ tak lah. Dia baik sangat..”, perlahan Dina bersuara. Ija memandang Susan. Ada sesuatu yang tak kena pada Dina.
“ Then, yang you macam orang tak tidor 3 malam nie apa hal?’, tanya Ija ingin kan penjelasan. Kemudian, terus Dina tersengih memandang Ija dan Susan. Dia cuba untuk menyembunyikan perasaannya. Perasaan hatinya.
“iye la, berpisah ngan pakwe mesti la sedihkan”, Dina ketawa kecil. Susan dan Ija mencebik manja. Ada-ada saja gadis berbintang Libra ini.
“ anyway, lega bila you balik in one piece”, ujar Susan sambil memeluk bahu Dina. Ija pula memeluk pinggang gadis itu. Dina hanya tersenyum, sambil melangkah masuk ke rumah.
“ So, hows your date?”, tanya Ija sambil duduk disebelah Dina.
“ well let say, hari yang tak akan dilupakan..”, ujar Dina tersenyum puas. Memang dia tak akan melupakan hari ini. Hari dimana, hatinya mula berbunga rindu.
“Ija, cam maner perasaan you masa mula-mula bercinta ngan Ronny?”, tiba-tiba Dina bertanya. Gadis itu memandang Ija disebelahnya. Ija tersenyum.
“ well... teruk jugak. Selalu nak jumpa, selalu nak call. Baru balik dari dating, dah rindu balik..”, ujar Ija tersipu malu. Parah jugak dia jatuh cinta. Dina tersenyum, mengangguk faham. Itu yang dirasainya sekarang. Rindu.
“you pulak Su?”, pandangan Dina beralih arah.
“ I simple jer. Tak ler se-heavy kawan kite tu. Cuma, I selalu terbayang muka Hery jer. Entah ler susah nak cakap..”, balas Susan malu-malu. Dina terpaku sejenak. Itu juga yang dirasainya.
“ That mean, kalau I ada feeling camtu, I dah jatuh cinta ler?”, tanya Dina ingin kepastian. Ija dan Susan mengangguk. Mengiyakan kata-kata Dina. Gadis itu mengetap bibir. Tak mungkin!
“ kenapa you tanya? You dah jatuh cinta ker?”, serkap Ija.
“ eh, takde la.. saja jer tanya”, balas Dina. Ada sangsi pada suara itu. Tapi Ija dan Susan tak mudah tertipu. Mereka kenal sangat perangai Dina.
“ alah, citer la. Guy yang you keluar tadikan? Apa nama dia?”, pujuk Susan tak sabar. Dina terdiam sejenak. Setelah sehari suntuk bersama. Bergurau senda, berkata-kata. Tapi dia tak tahu nama lelaki itu.
“ Err.. actually, I tak tau pun nama dia..”, ujar Dina selamba. Kedua gadis itu memandang Dina tak percaya.
“ Dina, nama dia pun you tak tau... macam maner you boleh keluar dengan dia?”, Ija mula mempersoal. Dian tersenyum tenang.
“ nama tu tak penting. Janji dia jujur dan baik , cukup la”, Dina tersenyum memandang Ija dan Susan yang masih tak puas hati dengan jawapannya.
“ ...dan dia cute”, ujar Dina dan terus berlari ke biliknya. Meninggalkan Ija dan Susan dalam kebingungan.
Bukan dia sengaja berahsia dengan temannya, tapi, biarlah segalanya terjawab esok. Dia akan perkenalkan kepada semua.


Dina meletakkan begnya kedalam Pradeo yang enjinnya telah di hidupkan. Ija dan Ronny telahpun berada didalam jeep, menunggu masa untuk bertolak. Kemudian, Susan pula keluar bersama Hery.
Dina memandang jam ditangannya, dah hampir pukul 10 pagi. Tapi jejaka itu tidak juga muncul. Dina mengetap bibir. Dia begitu yakin, jejaka itu pasti tiba. Tapi bila? Hatinya menyoal resah.
“ Dina cepat ler naik... karang lambat pulak sampai KL”, panggil Susan dari dalam jeep.
“ korang keluar ler dulu, I nak gi toilet sat”, Dina membuat helah. Terus dia berlari masuk ke dalam rumah semula. Hatinya amat pasti jejaka itu tak akan mungkir janji.
Dari beg tangannya, Dina mengeluarkan saputangan milik jejaka itu. Bersih dibasuhnya. Kemudian, dia mencari-cari pen dalam beg. Tak ada. Matanya tertumpu pada lipstick. Dengan menggunakan lipstick sebagai ganti, dia menulis sesuatu diatas saputangan itu. Setelah selesai, dia melangkah keluar.
‘’Dina, cepat la..”, panggil Ija. Dina berjalan pantas keluar dari pintu pagar rumah itu.
Di pintu pagar, Dina mengikat saputangan milik jejaka itu. Sapu tangan tanda pertemuan mereka. Saputangan yang menyimpan bunga hatinya. Terasa sayu dia melepaskan saputangan dari gengamannya. Dina menarik nafas dalam-dalam. Selamat tinggal, bisik hatinya sepi.
Kemudian terus dia melangkah menaiki jeep yang setia menantinya. Meninggalkan penantiannya. Meninggalkan hatinya. Yang setia hanyalah memori semalam.
Sebaik saja, jeep Pradeo melintasi simpang, Tropper kuning laju berhenti dihadapan rumah rehat yang kosong itu. Cepat-cepat jejaka itu melompat turun. Dadanya berombak. Nyata dia kepenantan.
Kalau tak kerana tayar Troppernya yang pancit, sudah tentu dia tiba lebih awal lagi.
Dia memanjangkan lehernya memerhatikan ke dalam kawasan rumah rehat itu. Nyata sepi tanpa penghuni.
Kemudian matanya terhenti pada saputangan yang terikat ditepi pagar. Saputangan itu miliknya. Perlahan dia mencapai saputangan itu.
Jejak itu menggengam saputangannya. Dia benar-benar rasa bersalah. Bersalah kepada gadis yang bermain dihatinya. Dan bersalah pada perasaannya.
Dia melepaskan sesuatu yang tak mungkin di temuinya lagi. Jejaka itu mengetap gerahamnya.
Kemudian, dia menguraikan ikatan saputangannya dari pintu pagar tersebut. Ada sesuatu yang tertulis disitu. Jejaka itu melebarkan saputanganya. Setiap patah kata ditelitinya. Dan dia tersenyum.
‘ Adakah kita ditakdirkan untuk bertemu?
019-3724392
Dina ... ‘



Dina bersandar atas sofa dirumah sewanya. Rimote control berkali-kali ditekan menukar chanel TV. Segalanya terasa bosan.
Seminggu berlalu, namun kenangan di Cameron Highland masih segar dikotak memori. Wajah jejaka itu sering bermain dimimpinya. Saat indah tak mungkin dapat dilupakan.
Terasa rindu mengenangkan detik-detik itu. Detik ketika mereka mula bertemu. Detik ketika mereka bersama diladang teh. Detik ketika mata mereka bertaup. Dina diserbu rasa malu. Mana mungkin detik itu berulang, pujuk hatinya.
Tiba-tiba handphonenya berbunyi. Cepat-cepat dicapainya.
“Hello?”. Dina menjawab panggilan.
“Assalamualaikum, boleh saya cakap dengan Dina?”, suara lelaki bertanya.
“ Walaikumussalam, Dina bercakap nie..sapa disana?”.
“Saya, kawan Arman”.
“Arman? Arman maner nie?”, tanya Dina sangsi. bila pulak aku ada kawan nama Arman, hati Dina menyoal.
“Err...Arman yang tinggal di Cameron Highland”, balas lelaki itu. Dina diam sejenak. Mengingat kembali.
“ Ohh, Arman yang naik Tropper kuning tu kan!”, mata Dina bercahaya girang. Akhirnya, doa dan harapannya dimakbulkan juga. Selama ini, dia hanya bermimpi pada jejaka yang ada rupa tapi tidak ada nama. Rupanya, kau bernama Arman, jejaka. Hati Dina mengusik.
“iye. Tapi..“.suara lelaki itu mati tiba-tiba.
“Arman maner?”, tanya Dina tak sabar.
“ Arman baru saja meninggal dunia malam tadi...”, Dina terpaku. Jantungnya bagai berhenti denyut. Segala anggotanya terasa lemah. Bibirnya mengetar menahan sebak. Namun, air matanya tidak terkeluar. Dia terlalu terkejut. Inikah kesudahan mimpi-mimpinya?
“ Dia meninggal akibat kemalangan ketika menuju ke KL. Kata arwah, dia nak berjumpa dengan cik Dina..”, kata-kata lelaki itu bagaikan membelah bumi. Dina terasa, seluruh tulang belulang remuk mencengkam hati. Di gagahinya untuk bersuara, namun tak terkeluar. Nafas yang disedut bagaikan tersekat dikerongkongnya. Terus Dina rebah.
Dari kesamaran, Dina dapat melihat Arman berdiri dihadapannya. Wajah jejaka itu bercahaya bersih. Jejaka itu tersenyum tenang memandangnya.
Dina cuba untuk memanggil, tapi suaranya tidak terkeluar. Dia cuba untuk menghulur tangan, tapi anggotanya terasa kaku. Yang dapat dilakukan hanyalah menangis. Membiar air matanya membasahi pipi. Disaat ini air matanya tidak punya nilai lagi.
Itulah saat terakhir Dina melihat wajah itu. Wajah yang mengajarnya erti rindu. Wajah yang mengajarnya erti takdir. Wajah yang tidak mungkin di lihatnya lagi.
Kita ditakdirkan hanya untuk bertemu. Walaupun seketika cuma, namun kenangan cinta kita semalam, tak mungkin ku lupa. Kau tetap dihatiku. Kau kusayang.......



Kau tersenyum ku terpaku
Cahaya diwajahmu hanyalah untuk ku
Sinaran matamu menusuk dikalbu
Tak mungkin ku melupakan sebegini pengalaman
Namun Hatiku berkata segala untukmu.....

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails