Julia memandang handphonenya untuk kali ke-3. Kemudian matanya mengerling kearah jam ditangan. 6:18ptg! Julia menghela nafas panjang. Kenapa dia tak call lagi nie? Hati gadisnya mula resah. Jari jemarinya makin rancak menari atas meja. Staff-staff yang lain, telah lama beransur pulang.
Tiba-tiba ringtone ‘Irreplaceable’, berbunyi. Cepat-cepat Julia mencapai hpnya.
Melihat nama pemanggil di screen hp, Julia tersenyum.
“ Hai...”, Julia bersuara manja.
“ Haii...”, suara Harris memberi jawapan. Mendengar suara itu, terasa seluruh hati gadisnya kembali tenang.
“ Harris, apasal lambat...i ingatkan nak call teksi dah tadi”, Julia memainkan peranan. Pura-pura merajuk.
“ Sorry la, i ada hal tadi..”.
“ You tu semedang jer ada hal... “, rajuk Julia manja.
“ Sorry la darling, oklah you turun, i ada something for you..”, nyata Harris lebih pandai memancing.
Sebaik saja call di tutup, terus Julia mencapai tas tangannya. Bedak foundation dan lipstick segera dikemaskan. Agar seri naik kewajah. Kemudian, Julia melangkah keluar dari offisnya.
Dari tingkat 8 banggunan Seri Kinta, Julia menekan butang GF. Sebaik saja , pintu lift terbuka, Harris tersedia menunggunya bersama sebuah senyuman. Senyuman yang paling Julia rindu.
“ This for you...”, Harris menghulurkan sejambak bunga kepada Julia.
“ Untuk apa nie?”, tanya Julia bagai tak percaya. Pandai kau membuat mimpiku menjadi nyata jejaka.
“ Untuk menunjukkan bertapa I miss you ”, tergamam Julia mendengar kata-kata Harris. apakah benar apa yang didengarnya. Julia sangsi. Mata Harris ditatapnya. Ada sinar kejujuran pada mata itu. Adakah juga kejujuran pada kata-katanya.
“ iye la tu, macam I tak kenal you...”, cepat-cepat Julia menutup rasa hatinya. Dia tak mahu tenggelam dengan mimpi-mimpi. Apatah lagi bila mimpi itu terbina bersama Harris.
“ Anyway, thanks..”, Julia mencium jambangan tersebut. Harum, seharum kasihnya disaat ini. Harris tersenyum puas sambil melangkah ke keretanya bersama Julia.
Kereta Putra hitam meluncur laju memasuki Jalan Panglima Bukit Gantang, menghala ke Taman Keledang. Harris mengetip-ngetip jarinya pada stearing, mengikut nada lagu ‘Salahku’ dari kumpulan Sofaz. Julia memandang wajah jejaka disebelahnya. Aku bahagia jejaka, bisik hati Julia.
Jelas diingatkannya sewaktu mula bertemu Harris hampir setahun lepas, memang hatinya berdetik, ada sesuatu memikat tentang jejaka itu. Tapi, tak sedikitpun dia menyangka, hubungannya dengan Harris akan serapat ini.
Sejak 2 bulan lepas, Harris lah yang menghantar dan mengambilnya pulang dari pejabat. Seolah-olah, sudah menjadi rutin hariannya. Bukanlah, Julia yang meminta, tapi Harris yang mendesak. Dengan alasan, dia sunyi memandu seorang.
Kalau dah ditawar, kenapa perlu di tolak. Lagipun pada waktu itu dia masih menganggap Harris tak lebih dari seorang kawan. Tapi entah bila, perasaannya kian berubah.
“ Harris, malam nie makan kat rumah I iye..”, Julia bersuara membuka suasana. Wajah yang sering bermain dalam mimpinya.
“ Jangankan makan, tidur kat rumah you pun I sanggup...”, usik Harris sambil mengerling ke arah gadis disebelahnya.
“ dah mula mengatal ler tu...”, cebik Julia manja. Harris ketawa kecil. Kau bagai merpati, gadis. Mudah di dekati, tapi susah nak di tangkap. Hati Harris berbisik.
Dalam diam, dia kagum dengan Julia. Walaupun mereka selalu bersama. Namun, tak sekalipun gadis itu membuka peluang untuk dia melepasi batas. Dalam manja ada ketegasan. Itu yang membuatkan hati lelakinya terpaut sayang. Ditambah pulak dengan wajah ayu gadis melayu. Pastinya berdebar iman bila Julia tersenyum.
Sesampai di rumah, Julia terus ke dapur. Harris seperti biasa, terus bersandar diatas sofa.
Kemudian Harris bangun dan melangkah ke dapur. Tanpa berkata sepatah, dia memerhati Julia bersungguh memasak.
Disaat itu, Harris merasakan cemburu. Cemburu pada lelaki yang dapat memiliki Julia. Memiliki gadis yang punya segala yang di idamkan oleh lelaki. Hanya jika dia mengenali Julia lebih awal...
“ ishh, you nie buat terkejut I jer”, ujar Julia bila menyedari Harris tercegat dibelakangnya. Harris tersenyum.
“ Terpegun tengok tuan Puteri masak”, ulas Harris nakal.
“ Patut la dari tadi I rasa masak cam tak jadi jer. Rupa-rupanya ada orang mengendap ker..”, cebik Julia manja.
“ kalau you masak, nasi hangit pun sedap, tapi kena ler you suapkan ..”, Harris tersenyum nakal. Terus cubitan manja hinggap ke pinggangnya. Harris ketawa kecil. Julia tersenyum manja.
“ terlajak you kat sini, tolong I sat”, ujar Julia.
“ nak I tumbuk sambal ker?”.
“ bukan, nak mintak you tolong rasa..”, Julia menghulurkan sudu yang berisi kuah gulai tempoyaknya. Masakan kegemaran Harris.
“ panas la..”, ujar Harris manja. Tanpa berkata, Julia meniup lembut kuah pada sudu tersebut. Kemudian sekali lagi dia menghulur ke mulut Harris. Jejaka itu terpegun melihat Julia. Selaku seorang isteri bersama suami. Gadis, kau telah mencuri kegenap hatiku.
“ Emm.. sedap, walaupun kurang garam..”, seloroh Harris. Terus cubitan kecil hinggap ke perutnya. Harris ketawa geli. Julia pun turut ketawa. Terasa bahagia sungguh disaat itu. Aku sayang padamu gadis.
Di meja makan, Julia lebih melayan Harris dari menyuap nasi ke mulutnya sendiri. Padanya, melihat Harris berselera makan sudah cukup mengembirakan hatinya.
Selepas makan, Harris tersandar di atas sofa. Kekenyangan. Pandai sungguh Julia menambat selerannya.
“ Malam sabtu depan, I nak ajak you keluar dinner”, ujar Harris, sebaik saja Julia meletakkan mug berisi nescafe didepannya. Julia memandang dengan tandatanya.
“ Dinner?”, ulang Julia ingin kepastian.
“ Iye, dinner kita berdua”, ujar Harris satu persatu. Julia memandangnya inginkan kepastian. Perkataan ‘kita berdua’ menarik minatnya.
“ well, next week birthday I, so, mesti la I nak sambut dengan you”, Julia bagai ingin menjerit gembira bila mendengar kata-kata Harris.
Julia membelek-belek tali leher berjenama Versace yang terjantung di bahagian pakaian lelaki, Jaya Jusco Ipoh. Di kirinya, tali leher berwarna biru tua dan tangan kanannya tali leher berwarna maroon. Kedua-duanya sesuai dengan kulit Harris yang cerah.
“ Anis, maner satu nice?”, tanya Julia. Anis yang bekas housematenya, dan kini telah pun bergelar isteri orang, melangkah merapati Julia.
“Emm... biru nie nice”, Anis memberi pendapat.
“ Ok”, terus Julia menyangkut kembali tali leher bewarna maroon tersebut.
“ Untuk sapa tie nie?”, tanya Anis mula mencongkel rahsia.
“ untuk kawan I”, jawab Julia ringkas.
“ kawan jer? sure kawan you nie lelaki kan”, Anis mula memerangkap. Dia tahu, Julia belum ada teman istimewa. Sudah beberapa orang, dia dan Razak, suaminya memperkenalkan kepada Julia. Tapi semuanya dia tolak. Dan sekarang, tau-tau, dah ada “kawan” lelaki.
“ yup, dia lelaki dan dia special”, ujar Julia selamba, sambil meletakkan tali lehernya di counter pembayaran.
“ Wrap sekali..”, ujar Julia kepada salegirl tersebut. Anis menanti dengan sabar. Walaupun hatinya melonjak-lonjak untuk mengetahu siapakah jejaka bertuah itu.
“ So, tell me sapa mamat tu?”, terus soalan menujah dari mulut Anis, sebaik saja mereka melangkah. Tak tahan rasanya mengetahui jejaka yang telah mencuri hati teman baiknya.
“ Well... you know him” ujar Julia perlahan. Anak matanya dilarikan dari bertembung dengan Anis.
“ Don’t tell it’s Harris ”, teka Anis kurang yakin. Julia tunduk diam. Dia tahu, pasti Anis tak akan setuju dengan perhubunganya.
“Anis. Kami cuma berkawan jer”, Julia cuma meraih perertian Anis.
“ Tapi Ju...”.
“ Anis, you pernah bercinta. You taukan, cam maner perasaan bila kasih di hati”.
“Tadi kawan, sekarang cinta pulak?”, ada ketegasan pada suara Anis. Dia faham, perasaan bila bercinta. Tapi dia tak faham, kenapa Julia memilih Harris untuk bercinta.
“ Anis, please understand me. I tak mintak pun untuk jadi camnie”.
“ Betul tu, dan you pun tak usaha untuk mengelaknya...”, balas Anis. Julia terdiam. Betul, dia tak pernah berusaha untuk mengelak dari bersama Harris. Julia menarik nafas dalam.
“ Ju, I tau hal perasaan nie bukan mudah nak kita kawal... tapi, you kena ingat, Harris tu tunang Ita..”, kata-kata Anis tajam dirasainya. Julia sedar. Harris adalah kepunyaan orang. Dan orang itu adalah teman baiknya, Rosnita!
Julia, Anis dan Rosnita adalah teman baik sejak di university lagi. Malah, selepas tamat pengajian, mereka tinggal bersama.
Julia menjadi executive di sebuah syarikat swasta, Anis bekerja sebagai guru berijazah, dan Rosnita pula bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat electronik.
Selepas setahun bekerja, Anis melangsungkan perkahwinan dengan Razak, teman lelakinya sewaktu di university. 3 bulan kemudiannya, Rosnita pula bertunang dengan Harris, anak kepada rakan keluarganya. Di waktu itulah, pertama kali, Julia bertemu dengan Harris. Lelaki pertama yang membuka hati gadisnya.
Awalnya Harris dianggap tidak lebih dari seorang kawan. Kerana pada waktu itu, Harris seringkali bersama Rosnita. Harris dan Rosnita adalah pasangan yang indah. Sama cantik, sama padan.
Namun, setelah Rosnita ditukarkan ke Johor, 4 bulan lepas. Perhubungan Julia dan Harris mula mesra. Dia sendiri tidak pasti bagaimana semuanya bermula. Yang dia pasti, kesunyian Harris dan kemesraannya, membuatkan segalanya terjadi.
“Ju, I cuma tak nak tengok you yang menangis kelak”, ujar Anis lembut. Cuba memujuk kembali Julia. Anis sedar, Harris pasti memilih Rosnita. Julia hanyalah tempat lelaki itu melepas kesunyian. Timbul rasa geram dihati Anis terhadap Harris.
“ Ju, jangan terbang terlalu tinggi, kelak jatuh you akan parah...”, kata-kata Anis ada benarnya. Tapi, sayangnya pada Harris melebihi segalanya. Tapi sanggupkah dia menjadi perampas kebahagiaan teman baiknya? Julia mengetap bibirnya.
Julia mendail lagi. Kali ini dah masuk 6 kali dia mendail. Tapi hasilnya tetap sama. Panggilannya tidak berjawab. Julia melepas nafas berat. Ada segaris kerisauan di hatinya. Takut-takut ada sesuatu yang terjadi pad Harris.
Jam di tangannya sudah pun menunjukan angka 9 malam. Sudah sejam lebih Julia menunggu. Harris berjanji untuk menjemput keluar bersama bagi meraikan hari jadi Harris. Bungkusan hadiah yang di belinya semalam, masih kemas berbalut.
Julia bersandar malas disofanya. Blouse kuningnya sudah pun berkedut seribu. Hatinya tak tahu sama ada untuk marah atau menjerit geram. Kalau ada apa-apa hal sekalipun, takkan tak boleh call, grutu hati Julia.
Masa terasa lambat untuk berlalu. Majalah dan suratkhabar berkali-kali diselak. Namun, masa tetap tidak berganjak.
Sedar tak sedar, jarum menunjukan hampir 10:20 malam. Julia masih tetap setia menanti. Hatinya kuat berkata, Harris pasti datang. Jejaka itu tak mungkin akan membiarkannya menunggu keseorangan.
Tiba-tiba, pintu rumahnya diketuk. Harris, hati Julia berdetik. Cepat-cepat dia berlari membuka pintu.
“ Ita?!”, Julia tergamam. Rosnita berdiri dihadapannya.
“ suprise!!”, terus Rosnita memeluk Julia. Gadis itu terpaku. Apatah lagi bila menyedari Harris turut bersama. Terasa lemah seluruh anggota badannya. Tapi digagahinya juga.
Jelas rasa bersalah terpamir di wajah jejaka itu. Matanya tepat memandang Julia. Tapi cepat-cepat gadis itu melarikan anak matanya. Bila-bila masa saja, air matanya mampu mengalir keluar.
“ hey, bila you sampai nie?”, tanya Julia tersenyum, tapi nyata senyumannya hambar.
“ Petang tadi, pastu terus I ke ofis Harris. maklum ler nak sambut ngan birthday boy!’, ujar Rosnita sambil memeluk manja lengan Harris. Jejaka itu dalam serba salah. Dia benar-benar sayangkan Julia, tapi dia juga sayangkan Rosnita.
“ You nie dari maner pakai cantik-cantik nie?”, tanya Rosnita, bila melihat Julia yang masih dalam makeupnya. Harris pun terpegun melihat Julia. Kau masih menunggu aku, gadis? Mata Julia mula berkaca.
“ Err.. you masuk ler dulu, I nak salin baju”, terus Julia melangkah ke biliknya. Disaat itu Harris dapat melihat mata gadis itu berkaca. Rosnita memandang Julia kehairanan.
“ Ita, I balik dulu. Esok pagi ada meeting”, Harris pula membuat alasan. Dia tidak sanggup untuk berdepan dengan Julia. Rasa bersalahnya teramat sangat pada gadis itu. Dia jujur menyayangi Julia.
Di dalam bilik, air mata Julia terus lagi mengalir. Mulutnya ditutup, agar sendunya tidak kedengaran. Dia kecewa teramat sangat. Dia sedar bukan salah Harris. bukan salah Rosnita. Tapi, segala khayalannya malam ini, akhirnya musnah. Nyata, Rosnita terlebih dahulu memiliki jejaka itu.
Tiba-tiba handphonenya berbunyi. Cepat-cepat dia menjawab.
“ Hello?”, masih ada sendu pada suara itu.
“ Julia, are you ok?”, jelas kedenganran suara Harris .
“ Stop it Harris”, tegas Julia membalas.
“ Ju, please dengar penjelasan I”, Harris merayu. Dia harus terangkan perkara yang sebenar.
“ Tak ada apa yang perlu di jelaskan”, ada esakan pada hujung suara itu. Air matanya laju membasahi pipi. Terus Julia mematikan panggilan.
Hatinya benar-benar remok ketika ini. Kecewa yang teramat sangat. Salah siapa sebenarnya? Julia menyoal sendiri.
“ Ju..!”, panggil Rosnita dari ruang tamu. Cepat-cepat, Julia menyapu air matanya.
“ Apa dia Ita?”, balas Julia. Cepat-cepat dia menukar pakaiannya. Kemudian, pantas dia ke bilik air yang tersedia di biliknya. Segera makeup ditanggalkan.
“ Ju..!”, panggil Rosnita lagi. Cepat-cepat Julia keluar dari bilik dengan pajamanya.
“ ada apa Ita?”, tanya Julia teragak-agak. Matanya meliar memandang seluruh ruang tamu, bila melihat Rosnita berseorangan.
“ Harris dah balik dah..”, ujar Rosnita, seolah-olah tahu apa yang dicari Julia.
“err... iye ker?”, jawab Julia sangkut-sangkut. Cuba menyembunyikan perasaannya.
“ Ju.. nie hadiah apa nie?”, tanya Rosnita, sambil membelek bungkusan hadiah yang dibeli Julia. Tersirap darah Julia bila Rosnita membaca kad yang tertulis di bungkusan tersebut.
“ Untuk yang teristimewa...?”. Rosnita memandang Julia. Ada sesuatu dimata gadis itu. Julia terpaku di hadapan Rosnita.
“ er... tu ada peminat bagi kat I”, Julia cuba membuat helah.
“ bukak ler...dia bagi apa? Amboii tak bagitau pun dah ada peminat”, ujar Rosnita excited.
“ tak payah ler, I nak bagi dia balik “, terus Julia mencapai bungkusan dari tangan Rosnita. Gadis itu memandang Julia, meminta penjelasan.
“ mamat nie selalu ganggu I. So, untuk menunjukan yang I tak minat, I nak kena bagi benda nie kat dia balik”, terang Julia penuh yakin. Dia tak mahu Rosnita tahu isi kandungan hadiah tersebut.
“ Hai.. dah ada orang suka, jual mahal lagik ker?”, ujar Rosnita seakan nada sinis.
“ dah I tak suka kat dia, nak buat camner”, balas Julia, cuba untuk bertahan.
Terus dia melangkah masuk kebilik. Menyimpan kembali hadiah untuk Harris! Dan tak akan diberi lagi...
Julia bersandar di kerusi ofisnya. Pandangannya dihalakan keluar tinggap. Jelas awan berarak berat. Seberat hatinya dikala ini.
Hari ini, buat pertama kalinya setelah hampir 2 bulan, dia membawa kereta ke tempat kerja. Awal-awal pagi dia sudah keluar. Dia tak mahu terserempak dengan Harris. Dia takut kalau-kalau, jejaka itu akan ke rumah menjemputnya. Kerana Rosnita masih lagi berada disitu.
Dia tak pasti, adakah dia bertindak kejam dan melulu terhadap Harris? Adakah dia berhak merasa cemburu? Harris bukan miliknya, tetapi hak milik Rosnita. Itu yang nyata. Dan dia harus pasrah dengan kenyataan.
Dia bertekad sudah, antara dia dan Harris tidak akan wujud apa-apa hubungan. Dia takkan berjumpa dengan jejaka itu lagi. Inilah jalan terbaik untuk dia melupakan terus Harris dari ingatannya.
Dia amat sayangkan Harris, tapi dia lebih menyayangi Rosnita. Dan dia pasti, Rosnita juga amat menyayangi Harris. Dan gadis itu lebih berhak ke atas Harris. Dia tak mahu menjadi pemusnah kebahagian orang. Apatah lagi orang itu teman baiknya sendiri.
Mimpi-mimpi yang di bina, hanyalah mimpi semata-mata. Kenangan yang tercipta, hanyalah tinggal kenangan. Walaupun indah, tapi itulah racun yang harus ditelan.
Mengingati kenangan bersama Harris, walaupun seketika cuma, namun keindahan yang tercipta bersama jejaka itu amat bermakna dalam hidupnya. Itulah kenangan bersama lelaki yang pertama dalam hidupnya.
Tanpa disedari, setitis air mata jatuh ke pipi. Handphone di tanganya, di ‘on’ kan. Tertera ‘10 message’ pada screen handphonenya. Julai membuka message tersebut. Nyata kesemuanya dari Harris. Terus dipadamnya.
Sedar tak sedar, jam menunjukkan pukul 7 petang. Julia menghela nafas panjang. Tak sedar, masa pantas berlalu. Perlahan, Julia bingkas bangun dan melangkah keluar dari ofisnya. Dirinya terasa kosong. Tiada lagi bunga-bunga untuk dia tersenyum.
Setelah kakinya melangkah keluar dari pintu lift. Julia terpandang Harris. Dia tergamam sejenak. Harris melemparkan senyuman yang paling manis buatnya. Tapi, Julia terus memandang ke lantai. Pantas kakinya melangkah menuju ke main enterance bangun Sri Kinta.
“ Hai cik adik, boleh tumpang tanya?”, Harris mengusik, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Namun, Julia tetap diam membisu.
“ Hai, takkan sombong sangat nie?”, lagi Harris mengusik. Bila tiada respond dari Julia, jejaka itu terus menangkap tangannya.
“Eh, apa nie?!”, tengking Julia minta dilepaskan. Beberapa orang yang berada disitu terus memandang.
“ beri I peluang ...”, rayu Harris. Tangan Julia dilepaskan. Air mata gadisnya terus mengalir. Rindu, marah, sayang dan geram bercampur baur dalam hatinya. Harris tergamam.
Tanpa menunggu lama, terus Julia berlari menuruni tangga ke tempat letak kereta. Tak mahu dia berdepan dengan jejaka itu lagi.
“ Julia...!”, Harris memanggil. Pantas kakinya menuruti langkah gadis itu. Namun, gadis itu tak sedikit pun menoleh.
Pantas, kaki Julia melangkah ke kereta nya. Dia menyeluk tas tangannya mencari-cari kunci keretanya. Air matanya masih membasahi pipi.
“ Julia...”, ujar Harris perlahan. Langkahnya terhenti dibelakang Julia. Dadanya berdegup kencang tanda kepenatan. Julia terdiam. Air matanya cepat-cepat di sapu.
Kemudian, perlahan jejaka itu melangkah menghampiri Julia. Dipeluknya bahu gadis itu.
“ Julia, Harris sayang Ju..”, mendengar kata-kata itu, terus air mata Julia berlinangan. Itulah kata-kata yang di impikan. Tapi, haruskah itu diucap kepadanya?
Dakapan Harris makin erat. Tubuh Julia, bagaikan tenggelam dengan pelukan Harris. Terasa kehangatan tubuh jejaka itu, bagaikan sehangat kasihnya. Untuk pertama kali sejak kejadian semalam, Julia terasa tenang. Bagaikan Harris pasti kekal bersamanya.
Rosnita! Tiba-tiba nama itu melintas di fikirannya. Terus Julia menolak tangan Harris, membebaskan dirinya dari pelukan jejaka itu. Harris tergamam dengan tindakan Julia.
“ Ju, kenapa nie?”, tanya Harris. Tanpa menjawab, gadis itu terus membuka pintu keretanya. Tapi tangannya sempat dicapai Harris, sebelum gadis itu memasuki kereta.
“ Please, lepaskan I, Harris..”, rayu Julia. Namun gengaman jejaka itu erat pada pergelangan tangan halusnya.
“ ...kita tak boleh terus macam nie “, air mata Julia kian deras mengalir. Hatinya ingin sekali memeluk erat jejaka itu, tapi benaknya menyatakan tidak.
“ Kenapa? Harris sayang Ju, dan Ju pun sayang Harris kan?!”.
“ Ju tak nak jadi orang ketiga antara you dan Ita..”, ada sendu pada suara gadis itu. Mendengar nama Rosnita, gengaman Harris longgar. Jejaka itu memandang ke bawah.
Dia bagaikan baru tersedar. Dia memiliki Rosnita. Tapi hatinya juga amat menyayangi Julia. Malah mungkin melebihi sayangnya pada Rosnita.
“ Cukuplah sekadar mengetahui perasaan Harris. Ju bahagia dengan itu”, ujar Julia lembut. Harris mengangkat mukanya memandang Julia. Gadis itu cuba tersenyum, walaupun sisa-sisa air mata masih jelas.
Kemudian pandangan Harris beralih ke hujung parking lot yang lengang itu. Tak sanggup dia menatap wajah yang sering bermain dalam mimpinya.
“ Andainya I bertemu you sebelum Ita...”, Harris mengetap gerahamnya. Kata-kata itu tak dapat dihabiskan. Hatinya terasa sesal kerana ditakdirkan untuk dia bertemu Rosnita, bukan Julia.
Dia bahagia dengan Rosnita, tapi, dia lebih bahagia bila bersama Julia. Gadis itu pandai mengambil hatinya, menghiburkan bila dia kesunyian dan menyerikan hari-harinya.
Layanan yang diterima dari gadis itu, amat istimewa. Untuk seketika, dia merasakan, dialah lelaki yang paling bertuah kerana dapat bersama gadis itu. Tapi disaat ini, dia merasakan dialah lelaki yang paling malang kerana terpaksa melepaskan gadis yang amat istimewa. Yang menghiasi mimpi-mimpinya.
Dia sedar, dia terpaksa melepaskan gadis hatinya pergi. Walaupun perit, tapi dia harus menerima hakikat. Jodoh dia bukan bersama Julia.
“ You akan lebih bahagia bersama Ita...”, kata-kata Julia lembut, tapi benar-benar mencengkam hati lelakinya. Bagaimana kau begitu pasti, gadis? Bisik hati Harris.
“ Kalau you benar-benar sayangkan I. Lepaskan I pergi. Biar saat-saat kita bersama menjadi kenangan abadi..”, mendengar kata-kata itu, setitis air mata lelakinya jatuh ke pipi. Dengan lembut, Julia menyapu air mata tersebut. Air mata yang membuktikan bertapa cinta Harris kepadanya.
Jejaka itu menggenggam lembut tangan Julia di pipinya. Anak matanya beralih memandang tepat wajah gadis didepannya. Mengukir wajah indah itu di ingatannya.
Julia cuba untuk senyum, tapi nyata dia gagal. Perlahan, dia meleraikan genggaman tangan mereka. Dan terus dia melangkah memasuki kereta. Meninggalkan Harris yang masih berdiri.
Jejaka itu setia menghantar Julia pergi dengan pandangan. Membiarkan gadis itu membawa pergi, hatinya, kasihnya dan cintanya.
Suasana rumah banglo Meru Height, riuh dengan orang ramai yang datang bertandang. Bunyi kompang menyemarakkan lagi suasana raja sehari. En. Razlan dan Pn. Zainon, tak lekang-lekang tersenyum menyambut kedatangan tetamu.
Dibilik, Julia masih mengenakan touch up terakhir ke wajah Rosnita. Julia tersenyum puas melihat hasil solekannya. Berseri sungguh wajah pengantin baru.
Anis yang dari tadi turut bersama menemani Rosnita, terpaksa bergegas keluar bila anak sulungnya yang berusia 5 bulan meragam inginkan susu.
“ Ju, terima kasih”, ujar Rosnita sebaik saja selesai di makeup.
“Alah, kawan punye pasal FOC la.. kalau orang lain sure dah kena charge dah..”, Julia berseloroh. Setakat tolong make up tak menjadi masaalah.
“ Terima kasih kerana melepaskan Harris...”, perlahan Rosnita bersuara. Julia tersentak memandang temannya. Adakah Anis yang menceritakan kepada Rosnita? Hati Julia makin menyoal.
“ I dapat agak, you ada hubungan dengan Harris masa malam I datang sambut birthday dengan dia..”, ujar Rosnita lembut. Julia masih lagi terpaku. Pandangannya tepat ke lantai. Tak sanggup dia bertentangan mata dengan Rosnita. Rasa bersalah makin membuak dihatinya.
“ I tau, malam tu you tunggu untuk keluar dengan dia.. dan hadiah tu adalah untuk dia. I cam tulisan you..”, penjelasan Rosnita makin menyiat hati Julia. Matanya mula berkaca.
“ Maafkan I, Ita..”, lemah Julia bersuara. Rasa bersalah teramat sangat. Air matanya mula menitis. Perlahan, tangan Rosnita mengangkat dagu Julia. Dengan lembut, dia menyapu air mata di pipi gadis itu. Rosnita tersenyum lembut memandang Julia.
“ Harris dah ceritakan segalanya pada I. You sahabat yang sanggup berkorban demi menjaga hati kawan... “, terus Rosnita memeluk Julia. Gadis itu membalas pelukan temannya. Kedua-dua gadis itu menangis. Serta merta, Julia terasa lega dari rasa bersalah yang menghantui mimpinya.
“ Hai, apasal nie?”, Anis tercegat di pintu bilik bersama babynya. Julia dan Rosnita saling berpandangan. Kemudian mereka ketawa, sambil menyapu air mata di pipi masing-masing. Anis memandang dengan hairan.
“ Jom, pengantin lelaki dah tunggu tu..”, tiba-tiba Mak Esah, makcik Rosnita bergegas masuk ke bilik.
Rosnita bangun. Baju songketnya dikemaskan. Setelah menarik nafas dalam, dia pun melangkah keluar. Di atas perlamin, Harris tersedia menanti.
Julia hanya mengiringi Rosnita hingga ke pintu bilik. Hanya setakat itu dia mampu pergi.
“ Are you ok Ju?”, tanya Anis lembut. Julia hanya mampu mengangguk.
Pandangannya tertumpu pada Harris dan Rosnita di atas perlamin. Dia tak menyesal melepaskan Harris. Dan kini, dia merasakan amat bahagia melihat mereka bersama. Tapi jauh disudut hatinya, masih tersimpan secebis kasih, secebis rindu buat jejaka itu. Yang tersemat hanyalah kenangan.
Terima kasih Harris, kerana memberiku kenangan. Semoga kau tetap bahagia, sayang...
Kini berlalu semua kenangan
Sepi berlagu membelai perasaan
Tanpaku sedari kau menghilang
Bersama bayangan
Air mataku menjadi saksi kerinduan
~ tamat ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan