Isnin, 5 Januari 2009

Sayonara 2008, Welcome 2009...!


well, ari nie dah masuk ari ke 5 kite semua melangkah ke tahun 2009... tak banyak, sikit pun rasanye still ada lagik ler semangat tahun baru tu kan... so, kirenye belum terlambat lagik ler aku nak post entry nie...


SAYONARA 2008

imbas kembali tahun 2008... banyak yang dah aku lalui. keseluruhan tahun 2008 nie mmg banyak kenangan untuk aku. pahit manis tu mmg asam garam pengalaman, gitew...


Personal:

2008 menyaksikan permulaan baru bagi kehidupan aku secara total, bila aku memberanikan diri utk berhijrah ker "Kota Keriangan" KL setelah bertahun aku bertapak dan selesa dengan kehidupan aku di Seberang Perai, bukan mudah untuk aku berganjak. tapi kenapa ek aku tiba2 berpindah ke KL(tak pernah mimpi nak dok kat KL pun..)? aku sendiri pun tak pasti. yg nyata tuhan dah tulis rezeki aku di KL nie. aku bersyukur!


Percintaan:

aku tak pernah putus percaya pada cinta dan kasih sayang. walaupun dah beberapa kali tertonggeng frust, tapi aku tak pernah serik. awal 2008, mmg niat utk mencari cinta, tapi bak kata org, "cinta tak boleh di cari, dia dtg bila tiba waktunye". so, bila letih mencarik, akhirnye aku give-up dan tumpu pada kerjaya baru aku. hinggalah pada 2nd week bulan pose (12/9/08), aku bertemu ngan Hans (berkat sgt buat date dlm bulan pose...). dari mata turun ke hati, dari hati timbul sayang... siapa sangka even aku pun tak sangka, pembukaan 2009 aku sambut bersama buah hati tersayang...


Persahabatan:

aku, Eddy dan Din. diaorg le member baik aku, menangis bersama ketawa pun sama. diaorg ler sanggup bersengkang mata temankan aku sampai 3-4 pagi selama seminggu coz frust bila aku "caught my ex in action..."(kisah 2007 iyek... ). akhirnye pertengahan 2008, 3 serangkai membawa haluan masing2 bagi meneruskan kerjaya dan cita2, setelah 3 tahun bersama. Din ke KB, Eddy ke USM, dan aku... bertemu wajah2 baru di KL. org kata kat KL nie ramai member2 plastik jer, susah nak carik kawan baik... bila senang ketawa bersama, bila susah nangis sendiri jer. takut jugak aku kot2 tersalah pilih kawan. Aku bernasib baik coz aku punye ramai kwn2 di sini. cuma faktor sibuk ngan keje membuatkan aku jarang bertemu dengan member2 lama yg lain. tapi pertemuan dengan keluarga 69 membuka lembaran baru. coz belum pernah aku ada group member rapat sebesar nie. mmg meriah! tapi deep in side my heart, aku harap sgt agar setiap adik beradik2 nie jujur boleh menangis bersama...


Kerjaya:

Engineering dan Marketing, dua bidang berbeza. tapi itu yg dah aku lakukan. semua org tak yakin dengan keputusan aku. hanya family jer yg sokong terutamanye mama aku. dia tau, sekali aku buat keputusan, aku takkan menyesal dengan keputusan aku. kenapa aku begitu berani buat perubahan drastik dlm hidup aku? sbbnye, aku masih mencarik2 hala tuju kerjaya dan hidup aku. I want more!!

so, tanggal 27 June 2008, aku menamatkan kerjaya dan title aku sebagai seorng engineer. dan pada 7 Julai 2008, bermulalah langkah aku dlm bidang Sales and Marketing!


Kesihatan:

sepanjang tahun nie, alhamdulilah, kesihatan aku baik. takat demam2 tu biasa ler... cuma takder ler kes gempaq cam aku pengsan kat Chiangi airport 3 tahun lepas. sekarang nie aku lebih berminat untuk mendalami cara2 pembuangan toksik dlm badan nie. mcm entry baru2 nie, aku buat bekam lintah dan aku rasa hasilnye mmg bagus coz sengal2 bahu yg aku alami dah tak ada! lagik pun melangkah ke birai 30an nie, kesihatan kene la jaga. takut jugak bila dgr KakLong dan Amril (lakinye KakTeh2) dah ada darah tinggi walaupun dlm usia 32thn!



WELCOME 2009

aku tak tau nak cakap camner, tapi aku agak sedikit frust coz sambutan tahun baru kami agak dull dan dibuat di kedai KakHa! mmg tak meriah. kami hanya sedar dah masuk tahun baru bila dengar bunyi letupan bunga api jer. tapi sbbkan masing2 letih, aku tak banyak komen la. janji kami semua berkumpul.


Azam 2009

aku tak pernah ada azam tahun baru. coz pada aku, azam tu boleh di buat bila2 masa jer... tak semesti kene tunggu tahun baru jer. jadi tahun nie pun aku tak ada azam jugak! cuma aku teruja menunggu apakah kisah 2009 untuk aku...




4 ulasan:

Cikgu berkata...

ala sambutan di kedai kak hah tu pun ok jugak lah kan...adik beradik berkumpul dan meriah jugak kan....?

avegalion berkata...

tak meriah langsung ler kak long... mmg2 bz ngan balas msg sampaikan masuk tahun baru pun ada yg tak sedar.... cuma, adikbradik dpt kumpul tu ok la..

darklight berkata...

xpe la syg .. next year kte celeb yek ..

Ejay berkata...

kita susah senang, ketawa menangis bersama ok...

love u sis!!!

Related Posts with Thumbnails