Jumaat, 19 Disember 2008

Apa Dah Jadi Nie...? (part 2)

Well, smlm kami berkumpul lagik utk dinner bersama adik beradik 69. Tapi kali nie KakTeh2 belanja kami semua. tima kaseh Kak Teh2!! hehe.

Kehadiran: Kaklong + Acap, Kak Ngah, aku+Hans, Kak Teh1 + Syah, Kak Teh2, Kak Tam1, Kak Tam2 dan Kak Chik. Hanya Kak Su yg tak dtg. Kak Su dah beberapa kali tak dtg perjumpaan keluarga. kenape iyek?!

Pada mulanye semua berjalan lancar, walaupun sejak dari awal, cara dan riak wajah ayu Kak Long seperti ada yang tak kene. Kak Long seakan2 dingin nak melayan kekecohan kami semua. KakLong lebih merapatkan diri dengan Kak Tam2. Semua mata perasan perbezaan KakLong. Tapi bila lauk2 dah didepan mata, semua perhatian tertumpu pada nasi dlm pinggan jer la. aku seperti biasa ler, melayan buah hati pengarang jantung intan payung aku, Hans mkn. coz aku tau dia mmg suka mkn...opsss!! sory Yang!! hehe.. adik beradik yang lain pun sama tekun mengadap lauk masakan thai. btw, steam fish with lime sauce tu mmg sedap. tak terlalu masam dan tak terlalu pedas. gabungan halia dan bawang putih mmg serasi iye. ditambah pulak dengan rasa manis ikan siakap. mmg sedap!

ok, balik semula kisah adik beradik iyek. selepas semua kenyang, adik beradik BTS dan Acap kuar merokok, ala2 dessert gitew. so, tinggal KakLong sorang di ujung meja. kesempatan tu, Kak Ngan cepat2 dok sebelah KakLong, nak bermanja2 gitu. tapi kami semua tersentak bila Kak Long bangun dan meningalkan Kak Ngah. Masing2 berpandangan sama sendiri. tapi cepat2 kami semua bukak topik lain menceriakan suasana. tapi alhamdulilah, bila Kak Long balik ke meja dan di usik oleh adik beradik yg lain, terus Kak Long jadi ceria semula. apatah lagik, bila Maria dan Normala dah mula menjiwai watak 5 Jingga!

pastu termasuk pulak pasal blog. dan aku rasa bersalah sgt pada semua org... coz sbbkan aku la. tiba2 suasana berubah. Sorry iye uols!!! iye la, sbbkan aku bertanyakan pasal entry Kak Long bertajuk "Kerana Mulut Badan Binasa", dengan senyuman paling plastik pernah aku nampak, Kak Long terus berkata.. " Mulai hari nie Kak Long tak benarkan sesiapapun datang umah Kak Long, kecuali KakTam2 dan KakTam1..!". PANG!!!! semua tergamam. Bila Kak Long melepaskan secebis LAHAR yang terpendam di hati, baru la aku tahu, semuanya kerana isu adik beradik komen rumah KakLong. Aku tak pasti sama ada komen tu dlm bentuk gurauan atau sindiran tajam. tapi yg pasti Kak Long tersinggung. amat tersinggung.

Dalam keadaan yang PANAS dan TEGANG, kami semua bersurai. Tapi dengan kecanggihan zaman wireless nie, bersimpang siul SMS dihantar. masing2 keliru dan tertanya2. tapi aku mengambil pendekatan utk berdiam diri. biar segala cool down dulu. tak nak nanti, ada air mata yg mengalir. Rasa sikit lega bila dapat sms dari Kak Long. Tapi aku tau, Kak Long still perlukan masa dan ruang untuk tenang. coz masih ada yang terpendam.

Pada aku, Kak Long seorg host yg baik. walaupun umah Kak Long sederhana tapi Kak Long cuba memenuhi keselesaan tetamunye. iyela, masa aku tumpang mandi, segalanya di sediakan dari tuala hingga ler ke ubat gigi yang khas utk tetamu katanye. Dan masa Hans tumpang bermalam pun, KakLong kasi Hans tidur atas katil bersama2 (tp ada border di tengah iye...). Tima Kasih iye Kak Long atas layanan selama nie. Dan sory iye kalau ada terlepas kata...


p/s: utk sorg mamat yg emo dan marah terlebih2 sgt tu. tolong iye, jangan nak carut2 kami adik beradik kalau tak kenal kami!

2 ulasan:

EJAY berkata...

wah.. masing2 nak mengulas nih. dgr citer kak teh 2 pun nak publish entry panas..!! blup blup blup.. tussss!

apa pun bkn salah kak lang bukak topik tu. kalo ikutkan ejay la yg bgtau semua ttg rasa tak puas hati kak long.

tp yg sudah tu sudah la. kita belajar dr kesilapan.. dan perbaiki diri. takde sape pun yg sempurna kat dunia ni.

avegalion berkata...

dah citer panas.. harus ler HARAKAH nak kaurkan dulu... apapun, lega sgt coz evrything dah kembali OK!!

Related Posts with Thumbnails