Khamis, 2 April 2009

Org Mesia n LRT!


well, dah 8 bulan aku dok kat KL nie... so bermakna 8 bulan jugak ler aku naik LRT n Monorail ulangalik ke tempat keje. dan selama tu jugak ler aku tgok perangai2 org2 mesia nie bila naik LRT n Monorail nie. mmg malu pun ada, sedih pun ada tgok org2 Mesia nie yg memang tak reti bahasa n tak ada budi bahasa nie. jom kite tgok antara sikap atau perangai2 org mesia nie....


1) suka berhimpun kat depan pintu LRT; hayo mmg sakit jiwa n sakit hati jenis org2 camnie. padahal tgh train tu kosong lagik, tapi cik kiah, cik temah still gak nak berhimpun kat depan pintu mcm ler nak tercirit sgt dah, nak kuar cepat2. wahal 2-3 stesen pun still tak turun2 gak. bila dah berhimpun buat sidang cik kiah depan pintu LRT tu... harus le menggangu org nak kuar masuk. yg kesian tu, ada yg tak dapat masuk train!


2) Tak suka berhimpit2; alo kak non, kalau nak selesa bawak kete sendiri atau naik teksi, takpun ko sewa ler satu gerabak train tu utk ko sorg! tak faham aku ngan manusia jenis camnie, kalau dah naik time rush hour, terpaksa ler ko mensadinkan diri berhimpit. nie tak, marah org kalau terpaksa berhimpit2 kat dia!

3) suka menepek n peluk tiang; nie satu kes yg aku tak faham. motif ko peluk tiang sampai org lain tak leh nak pegang? dek non oii, kalau teringin nak buat ala2 Britney Spears or PussyCat Dolls pun, jgn ler buat kat tiang dlm LRT. ko carik ler tiang leterik ker, tiang telipon ker.. peluk ler ko sampai pagi pun, takdernye org nak marah. tapi kalau dlm train tu, ko consider ler org lain sama. ko pun tau, train mesia nie selalu tersengguk2. kot2 nanti jadi kes, kak tipah ko yg bunting 9 bulan tu tercium lantai train pulak nanti.

4) bawak beg galas tak hingat org; satu lagik kes yg aku tak faham... dah ler ko tak bukak beg galas@ begpack ko dlm train yg sesak. beg galas ko pulak memboyot, entah kejadah apa yg ko isi pun tak tau ler. yg lagik geram tu, asyik dok pusing hentam org sekeliling! hayo, mat jendol, ko pikir la sama org sekeliling. guna ler kepala hotak bila masuk dlm train yg sesak. benjol dahi pak mail buta tu asyik kene hentam dek beg ko tu!

5) jenis tak kasi laluan; part nie aku rasa org2 yg tak reti bahasa. kalau dah dok depan pintu train tu... kasi ler org2 dlm train tu kuar. dah le badan ko macam anak gajah Ah Moi oii, lagik nak tercegat depan pintu train tu. sentap! kalau aku, mmg aku siku kan jer org2 yg dunggu nie.

well, tu antara jenis2 perangai n sikap2 org mesia bila naik LRT or Monorail. dah ler service train pun taraf 3rd world country, di tambah lak dengan perangai2 camnie. harus ler jadi bahan gelak org luar jer. so, bila2 korg naik train, korg perhati ler kot2 ada kes yg lagik teruk lagik!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

suka la entry kak fara yang ini!hmm dah lama tak naik LRT...rindu jugak kadang2 suasana di dalam LRT itu.

macam mana lah sistem LRT kita nak setaraf LRT di negara-negara membangun dan maju yang lain bila mana pekerja-pekerja yang diambil pun adalah pekerja-pekerja standard dari negara itu.

upsss..tak semua laa...hanya segelintir mereka sahaja.

avegalion berkata...

nanti bila2.. jom kite buat rombongan cik kiah naik LRT ramai2... hehehe

kakteh firdee, just tgok service train kat singapore n Bkk pun dah cukup hebat banding ngan service n train kite! just imagine, train kite takder jadual.. just ikut suka diaorg jer bila2 nak dtg!hehehe
btw, lama tak dapat komen dari uol.. hehe

Irfan berkata...

wah kelas entry kak farah nie..boleh usul kat parlimen nie kan? kelas kan uolssss..mesti najib sujud kan?

Related Posts with Thumbnails