Jumaat, 17 April 2009

I Dreamed a Dream

well, untuk pertama kalinye, air mata aku menitis bila melihat clip bawah nie. seorng makcik bernama Susan Boyle, 47thn, wanita yg tak bekerje dari sebuah kampung kecil di Balckburn, Scotland yg tak pernah di cium, mempunyai impian besar, untuk jadi seorng penyanyi... semua org tergelak bila dia cakap camtu. iye la, sbbkan muka yg tak vouge, gaya lak mmg brutal, dah tu dok kat kampung... ada hati nak jadi penyanyi kan! mungkin sbb tu jugak ler, dia tak pernah dapat peluang utk capai cita2 dia. coz org selalu pandang rendah kalau seorg tu takde package! tapi tuhan tu maha kaya lagi maha adil (sambil mengesat air mata...) . walaupun di gelak sinis, tapi makcik tu tetap nekad nak tunjukan anugerah n bakat yg dia ada. sebaik jer dia melontarkan vokal dia, semua tergamam... Voice of an Angel!

apa yg buat aku betol2 tersentuh... adalah semangat makcik tu! walaupun dah 47th, tapi belum terlambat utk dia mencapai cita2 dia... dan aku adalah peminatnye di antara berjuta2 manusia yg bakal jadi peminat dia kelak!
Anugerah tuhan tak pandang rupa seseorg... apalah hak kite nak menilai org hanya dari wajah...

www.youtube.com/watch?v=9lp0IWv8QZY


@ Yahoo! Video

2 ulasan:

Shayne berkata...

thanks for sharing the info....

avegalion berkata...

bak kata org.. sharing is loving.. gitew..!! hehe

Related Posts with Thumbnails