well, talk about tuisyen nie, aku frankly ckp... tak penah gi kelas tuisyen pun. iye la, dari from 1 sampai form5, aku dok asrama. maner ada tuisyen. kelas prep mlm ada la!! heheh. kalau cikgu rajin, dia buat la kelas tambahan. tapi budak2 lak yg malas nak dtg. termasuk ler aku! hehehe. apapun aku percaya, atas usaha sendiri semua org leh berjaya. tuisyen nie sebagai vitamin tambahan jer la. hehehe. yg kes nak minum air penerang hati la, perasap pensel la, tah apa2 la... baik tak payah ler. kalau sendiri malas n hati dah bebal, minum satu tangki pun belum tentu hati tu leh terang gak!! hehehe.
actually aku dah mula mengajar kat Pusat Tuisyen Dinamis tu dah 2-3 kali dah. tugas aku adalah utk mengajar subject sains kat budak2 darjah 5-6. canggih jugak sains dia org nie coz siap ada aplikasi "daya" pada object lagik. setahu aku, bab2 'daya' nie aku belajar masa fizik form 4! hehehe... well, setakat nie, budak2 nie nampak enjoy dlm kelas aku. cuma ada sorg student tu mcm kekwat skit. mmg la dia pandai, tapi kesian ler kat kawan2 yg lain tu kan... so, aku pun lebih tumpukan pada budak2 yg lemah skit. dgn kata lain budak yg nak belajar!
kalau nak cakap segi pengajaran, org yg paling layak semestinye Cikgu MARIA iye. dengan suara yg lantang dan tegas, cikgu maria mmg tak kasi ruang utk student2 nie nak main2. tapi lain pulak cara pengajaran aku. aku leh percaya pada komunikasi yg lembut dan keceriaan student2 dlm kelas. Pendekatan yg aku buat adalah melalui perbincangan dan kefahaman student2 tu sendiri. aku jugak nak timbulkan minat terhadap subject tu pada budak2. iye la, semua tau kan, kalau dah minat senang jer faham!! aku tak nak 100% ikut buku teks jer... coz itu dah sama level ngan cikgu sekolah jer, tak kelas tau! hehehe... cara pengajaran yg aku buat nie adalah dari pengalaman aku sendiri time sekolah menengah. kalau baca blog2 aku yg lepas ada aku citerkan pasal subject fizik aku yg selalu lingkup. aku hampir2 putus asa, tapi bila guru fizik baru aku masuk (pertengahan bulan 5) ... cara dia mengajar membuatkan aku mudah faham. banyak contoh2 dia bagi supaya budak2 lemah fizik cam aku nie lebih faham. komunikasi dia dengan pelajar jugak lebih relax n mudah, so senang utk komunikasi 2 hala. tak macam cikgu fizik lama aku, budak faham ker tak, dia tak kisah, janji topik habis dia cover!! nasib baik sgt2 ler dapat cikgu baru!! cara pengajaran yg berkesan secara tak langsung jadikan kertas trial SPM fizik aku sebagai kertas jawapan kelas iyek! hehehe
seronok sebenarnya jadi tenaga pengajar nie. tambah lak bila kite tgok budak2 bersungguh2 nak belajar. patut la cikgu maria sanggup melepaskan jawatan besar di sebuah Bank semata2 nak jadi cikgu! apapun aku harap aku leh asah bakat aku dlm bidang mengajar pulak. iye la bukan senang nak mengajar nie. silap ajar, sesat lak budak2 tu nanti! hehehe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan