Jumaat, 27 Mac 2009

Nick NAME...!

well, setiap org sure la ada nick name @ nama glamor masing2kan. tak kire la apa jenis pun janji nama tu sesuai dengan korng. so, kat sini aku nak citer sikit pasal nick name aku dari kecik sampai ler dah besar panjang nie (apa yg besar apa yg panjng.. jgn di tanya la iyek.. eheh)



so, dlm family aku dikenali ngan nama ERI! kire nama manja aku la tu... so, masa time sekolah rendah, aku selalu malu nak sebut nama sebenar aku.. coz bunyi agak pelik. jadi aku selalu kenalkan diri aku sebagai Eri. tapi bila dah masuk sekolah menengah, aku rasa nama Eri tu terlalu manja n kebudak2an le pulak. so aku biarkan kwn2 sekolah gunakan nama sebenar aku, lagik pun nama sebenar aku pun dah cukup pendek. hingga ler masuk Univ pun aku still takder nama glamor. nak guna nama Eri kat jepun mmg la kene gelakngan org nanti.. coz nama Eri tu hanya utk pompuan jer... ee sesuai sgt kan!! hehe.. so, hingga ke sudah aku kekalkan nama sebenar aku. member2 selalu gak kata nama asal aku dah ada nilai komesial, tapi entah ler... aku sendiri pun tak pasti!



so, lepas study aku dapat keje kat penang, aku dok la ngan member2 aku yg study kat USM. leh kata hampir kesemua ahli rumah tu drag atau separuh drag. cuma aku ngan sorg lagik budak umah tu yg tak sentuh makeup2 nie semua. maklum ler kami berdua jer yg dah keje masa tu. so, bila masuk rumah tu, sure la takder maknenye nak panggil nama jantan kan... so, dia org suruh aku bagi 1 nama pompuan utk diaorg panggil aku. kalau tak, harus ler dia org hentam nama aku jadi Bedah ker, Tominah ker.. mcm budk sorg lagik tu, dia org panggil Ayemah (choii.. kampung sgt kan!!). so, aku bagi nama Lisa ( kelass giteww... perasan women sgt kan!). tapi tu la org kata, bila nama tu tak sesuai dengan kite, mmg nama tu tak melekat. Nama Lisa tu hanya bertahan tak sampai 2 bulan pun. aku dengar pun rasa getik! hehehe... so, entah camner.. masa dlm perjln nak bercuti2 ke pangkor, semua tolong aku carik nama baru... tiba2 terpancul nama Farra! (pengakuan exclusive nie.. ehhehe). diaorg kata nama tu sesuai dengan cara aku yg jenis simple, selamba n ada unsur2 wanita rock sikit! heheh... so, sepanjnag dok ngan diaorg... itu la nama aku! heheh



so, bila diaorg dah grad, n masing dah pindah balik kg... tinggal ler aku sorg. dan bermula ler kehidupan PLU a.k.a Gaguxion aku. so, biasak ler dlm dunia PLU nie... maner ada nama Pian ker, Atan ker, Mat ker... choii, tak laku kat market! yg paling lekeh pun, nama ala2 melayu cam Man, Zul or Zam... tapi kalau nak masuk arus perdana PLU nie... kene le guna nama yg ada nilai komesial dan berbau antarabangsa skit cam Daniel, jack or Zeck... so, aku pun modify ler nick name aku.. mula2 nak letak nama Eric.. tapi nampak over le pulak! jadi aku ubah lagik terus dapat nama Hery! mmg nama tu terus melekat sampai sekarang... coz rasanye nama tu sesuai dengan charecter aku yg simple n biasa2 jer... hehe

tapi bila dah masuk family 69 nie... nama kaklang pulak yg panggil2. iye la, dah masing2 ada pangkat sendiri. so, panggil ikut pangkat jer la... ( nasib baik ler bukan pangkat datin toh puan seri kan.. jenuh nak panggil...hehe). pastu entah camner, sblm gi penang, klong mintak semua kasi nama women coz nak masuk dlm blog katanye. aku pun dengan ringkas kasi ler nama Farra @Farah, coz teringat nama aku masa zaman dok ngan member2 USM dulu tu. zaman anak dara katanye.. hehe. tuptup, nama tu lak yg terus melekat ngan adik beradik sekarang nie. well, mula2 tu, sebolehnye tak nak ler nama tu melekat. tapi dah kerap sgt diaorg panggil aku ngan nama tu... aku jadi tak kisah, janji kalau tu memesrakan lagi org sekeliling dengan aku! so, korg tau ler maner asal usulnye nama2 timangan aku nie kan. jgn pulak ada yg tersedak muntah darah kalau dengar kat tempat awam pun dia org panggil aku, kak Farah. coz aku pun akan panggil dia org, Kak Maria, Kak Nor, Kak Firdalina @Kassandra, Kak Azizah, Kak Akiko, Kak Fatima Wong, Kak Amnatul Shima n Kak Su Peng!! hehehe

Isnin, 23 Mac 2009

Disney On Ice, Princess Wishes!

well, actually mmg aku dah lama mengidam dah nak gi tengok Disney on Ice nie... tapi sbbkan dulu kan dok kat penang.. so, susah sikit ler. jadi sekarang nie bila dah ada peluang dan umah pun dekat jer ngan bukit Jalil, aku pun terus grab the chance ler... hehehe..

iye la, tak nafikan mmg masa zaman aku hadek2 dulu... aku membesar ngan citer2 princess Disney nie... cam citer Aladdin, Beauty and The Beast n Little Mermaid. so, sikit sebanyak tu, harus ler terpengaruhkan. dlm banyak2 princess Disney, aku paling suka, Belle, princess dlm citer Beauty n The Beast. entah ler, maybe sbb dia paling cantik, pandai n tegas. princess2 lain tu cantik gak tapi lembut sgt... selalu kene buli jer... hehehe
ok, back to the story... so, masa mula2 masuk dewan tu, aku rasa mcm jadi budak2 balik. excited gile bila tgok bnayak barang2 disney yg di jual terutamanye watak2 princes nie. ingat nak jer beli crown princess yg di jual, tapi kecik sgt ler pulak tak muat kepala, kalau tak...hehehehe

cerita pertama dimulakan dengan Princess Jasmine n Aladdin. kelas iye, bila sebuah pekan arab kecil muncul kat tgh2 gelanggang skating. kisah bermula bila Princess Jasmine menyamar jadi rakyat dan tak bayar bila ambik makan. acara2 kejar mengejar bersama aksi stunt antara Aladdin n askar mmg hebat! tapi part yg aku suka time Aladdin bawak Princess Jasmine terbang sambil menyanyi lagu " The Whole New World"! romantiknye....
Citer kedua lak, pasal Snow White. part bila 7 Dwarfs kuar gi melombong dan Show White tgh feeling2 kat utan sambil nyanyi2. pastu Prince dengar n terus nyanyi sama. motif kan nyanyi dlm utan... hehe

Citer ke-3 lak, pasal Beauty n The Beast lak. kisah bermula bila Belle masuk dlm istana lama dan di sambut oleh Lumière. mmg meriah. tapi aku agak frust di situ bila takder aksi Belle menari ngan Beast utk lagu "Beauty and The Beast". sentap tau!!

Citer ke-4 lak pasal Little Mermaid. kisah start dengan Prince Erin n crew tunjukan aksi acrobatic melompat menggunakan papan jongkang-jongkit sambil pakai kasut skate. gempak gak! heheh.. pastu kapal diaorg dilanda ribut. masa yg paling best bila dia tunjukan aksi Ariel tukar dari ekor ikan ke kaki manusia. kelas iye, pertukaran hanya sekelip mata jer... masa Ariel nyanyi lagu "Part of that world", aku pun nyanyi sama, sampaikan budak 4 tahun sebelah aku dok tgok jer aku feeling sorng2... hehehe

Citer ke-5 pasal Sleeping Beauty. start2 nampak Princess Aurora dah telentang tido dah. 3org Fairy Mother yg cute kasi pedang n perisai kat Prince Phillip utk lawan Dragon. kelas iye diaorg buat dragon tu, siap boleh sembur api lagik. tak cair pulak lantai ais tu. hehehe. sure la, hero leh bunuh Dragon tu kan.. n kiss! muuaahh!!!
Citer ke-6 la, pasal Mulan. well, tak menarik sgt. tu sbb aksi dia sikit jer... ajar budak2 lawan. bila bf dia dtg, terus nyanyi. hehe


citer last sure la pasal princess of all princess. sapa lagik kalau tak Cinderella! kisahnye masa Prince Charming buat party. dan Cinderella dtg ngan kete kuda dia yg grand n vouge tu!! kelas iye. sure la diaorg nari sambil buat aksi acrobatic n gymrama gitew!


last semua princess muncul dengan prince masing2. teruja sgt aku tgok! keseluruhan mmg berbaloi gi tgok. bukan saja ada jln cerita tapi aksi diaorg skate mmg world kelas! taraf aksi olympic tau. yg penting, impian aku dah tercapai!


Jumaat, 20 Mac 2009

Seeing is believing!!!

apakah yg korng akan fikir kan jika korg terjumpa beberapa keping gambar couple korg yg di ambil seminggu yg lalu bersama2 dgn scandle dia, dlm keadaan mesra dan perpelukan (couple korg yg memeluk scandle dia)! dan gambar tersebut di simpan dan di sorok dari pengetahuan korg! couple korg jugak dah menipu dan memperbodohkan korg bila rahsianya terbongkar!
apakah tindakan korg?

A) Hapuskan gambar tersebut berserta couple korg sekalik!!
B) korg akan bertemu semula dengan scandle lama korg dan memeluknye juga.
C) Korg akan tinggalkan couple korg utk 2-3 hari, dan enjoy sepuas2nye!
D) Korg akan diam, terima segala alasan couple korg?

Khamis, 19 Mac 2009

Tuisyen!!


well, talk about tuisyen nie, aku frankly ckp... tak penah gi kelas tuisyen pun. iye la, dari from 1 sampai form5, aku dok asrama. maner ada tuisyen. kelas prep mlm ada la!! heheh. kalau cikgu rajin, dia buat la kelas tambahan. tapi budak2 lak yg malas nak dtg. termasuk ler aku! hehehe. apapun aku percaya, atas usaha sendiri semua org leh berjaya. tuisyen nie sebagai vitamin tambahan jer la. hehehe. yg kes nak minum air penerang hati la, perasap pensel la, tah apa2 la... baik tak payah ler. kalau sendiri malas n hati dah bebal, minum satu tangki pun belum tentu hati tu leh terang gak!! hehehe.
actually aku dah mula mengajar kat Pusat Tuisyen Dinamis tu dah 2-3 kali dah. tugas aku adalah utk mengajar subject sains kat budak2 darjah 5-6. canggih jugak sains dia org nie coz siap ada aplikasi "daya" pada object lagik. setahu aku, bab2 'daya' nie aku belajar masa fizik form 4! hehehe... well, setakat nie, budak2 nie nampak enjoy dlm kelas aku. cuma ada sorg student tu mcm kekwat skit. mmg la dia pandai, tapi kesian ler kat kawan2 yg lain tu kan... so, aku pun lebih tumpukan pada budak2 yg lemah skit. dgn kata lain budak yg nak belajar!

kalau nak cakap segi pengajaran, org yg paling layak semestinye Cikgu MARIA iye. dengan suara yg lantang dan tegas, cikgu maria mmg tak kasi ruang utk student2 nie nak main2. tapi lain pulak cara pengajaran aku. aku leh percaya pada komunikasi yg lembut dan keceriaan student2 dlm kelas. Pendekatan yg aku buat adalah melalui perbincangan dan kefahaman student2 tu sendiri. aku jugak nak timbulkan minat terhadap subject tu pada budak2. iye la, semua tau kan, kalau dah minat senang jer faham!! aku tak nak 100% ikut buku teks jer... coz itu dah sama level ngan cikgu sekolah jer, tak kelas tau! hehehe... cara pengajaran yg aku buat nie adalah dari pengalaman aku sendiri time sekolah menengah. kalau baca blog2 aku yg lepas ada aku citerkan pasal subject fizik aku yg selalu lingkup. aku hampir2 putus asa, tapi bila guru fizik baru aku masuk (pertengahan bulan 5) ... cara dia mengajar membuatkan aku mudah faham. banyak contoh2 dia bagi supaya budak2 lemah fizik cam aku nie lebih faham. komunikasi dia dengan pelajar jugak lebih relax n mudah, so senang utk komunikasi 2 hala. tak macam cikgu fizik lama aku, budak faham ker tak, dia tak kisah, janji topik habis dia cover!! nasib baik sgt2 ler dapat cikgu baru!! cara pengajaran yg berkesan secara tak langsung jadikan kertas trial SPM fizik aku sebagai kertas jawapan kelas iyek! hehehe
seronok sebenarnya jadi tenaga pengajar nie. tambah lak bila kite tgok budak2 bersungguh2 nak belajar. patut la cikgu maria sanggup melepaskan jawatan besar di sebuah Bank semata2 nak jadi cikgu! apapun aku harap aku leh asah bakat aku dlm bidang mengajar pulak. iye la bukan senang nak mengajar nie. silap ajar, sesat lak budak2 tu nanti! hehehe...

Selasa, 17 Mac 2009

Shooting Citer Ghost2!

well, semlm aku di panggil oleh Popiah Pictures utk jadi extra bagi citer Ghost2. kalau citer Ghost 1 tu... main cast dia Cheryl n Naz, tapi utk Ghost2 nie main cast dia Anding n Cheryl. tak sangka lak Anding pandai berlakon. and both of them mmg bagus berlakon. iye la tgh standby, dia org buat lawak gile2, tapi bila diractor kata action, terus diaorg leh berubah ikut situasi.
ok berbalik pasal kisah smlm. lokasi kami kat Taman Desa Seputih, umah townhouse baru bernilai RM3 juta iye. kat situ hanya ada Cheryl, Anding, Colin (selalu berlakon dlm produksi cina) and Isma (yg berlakon 5jingga) dan semestinye aku (satu2nye extra yg ada!!).
nak tau aku bawak watak apa? mesti korang tak sangka dan maybe ada yg akan gelak sampai terguling2 nanti. watak yg diberi kat aku bukan watak pelayan, pramugari, pembantu rumah dan watak2 yg sewaktu dengan nye iye. watak yg diaorg kasi kat aku ialah watak sebagai BodyGuard!! leh caya tak? even aku pun tak caya. dan hasilnye mmg melucukan!! semua crew2 pun kata aku nampak layak jadi manager dari bodyguard! hehehe.. apapun director tak ckp apa2 kire ok la kot. so, aku dapat ler 2 scene ngan few dialog. susah jugak nak hafal dialog dlm masa yg singkat nie. apapun aku tunjuk relax jer. hehe
ada few incident yg agak melucukan jugak, especially bila director suruh aku rush-in utk protect Dato' (Colin) dari Anding n Cheryl. tgh semua org serius nie (termasuk aku), tiba2 director kata cut! sbbnye dia kata aku jalan agak pelik iye! harus la aku catwalk masa masuk tadik.. tersilap menjiwai watak stewardess pulak! hehehe.. pastu, ada kes shoot antara Anding n Colin bergaduh, tiba2 lak aku terus masuk mencelah pulak. padahal director tak suruh pun masuk. nie kes terlebih menjiwai watak pulak kan! hehehe.. dan yg lucu tu, bila aku tgh gugup depan kamera tu,bila bercakap aku terkepit sore! hayo..!! pecah lobang!! hehe.. bayangkan bodyguard berbadan kecik, jln catwalk n bersore kepit! charlies angel sgt kan!! hehehe...
ada jugak kes kene marah ngan director sbb aku teragak2 nak mencelah masuk scene dan aku cakap cepat sgt coz gugup. so kene ulang banyak2 kali lak. tapi tabik utk semua cast coz dia org very sporting n pro ngan aku. kene ulang banyak2 kali pun dia org cool jer, pada hal dah lebih 5 jam kat set.
yg aku tabik lagik, walaupun aku nie extra jer tapi dia org leh borak2 n buat lawak lagik ngan aku. tak ada ler kes Diva kat set iye. Anding very funny n gile2 kat set. walaupun badan berketul2 tapi dia tak control macho pun. asyik buat lawak jer, tapi bila berlakon, mmg full confident n serius! Cheryl la, mmg jenis lembut. pastinye dia cakap laju iye. dia nie jenis tumpu perhatian kat set. baik budaknye! hehehe. Isma nie, pelakon baru tapi dia pandai menjiwai watak iye. dia adalah Ghost dlm citer nie. pandai mengekpresikan perasaan melalui wajah iye. dia pun peramah gak. suka gelak. Colin lak, very goodman. dia nie bnayak tolong aku masa berlakon. dlm citer watak dia garang, tapi actual dia nie jenis baik. pakcik yg memberi tunjuk ajar n peka pada persekitaran. hehehe..
well, baru aku tau... susah sebenarnya nak berlakon nie. satu scene di ulang2 5-6 kali utk angle yg berbeza dan zoom up lagik utk ekpresi muka. dan yg paling maleh tu nak menghafal script. penat kepala otak! tapi yg nyata berlakon nie mmg seronok walaupun penat. entah ler lepas nie diaorg nak ambik aku lagik ke tak... heheh. apapun, jgn lupa tgok citer Ghost2 episod6-7. kot2 ada muka aku kuar. heheheheh

Isnin, 16 Mac 2009

Tyra Make Over ker?!!

well, entah ler... maybe sbbkan terlalu tensen atau nak release tensen... secara sepontan aku terus ke salon akak Philipine di Galaxy dan mintak dia luruskan rambut aku! well, actually niat sebenar nak potong rambut coz rambut aku dah kembang ala2 Micheal Jackson masa mude2 dulu tu... serabut sgt! tapi entah ler... tiba2 tukar niat pulak...
akak Philipine tu pulak active sgt... baru aku duduk, terus dia pun sapukan ubat luruskan rambut kat kepala aku! nak kata apa, dok diam jer la!
risau pun ada, takut2 rambut aku jadi pelik! berkali2 aku pujuk hati, biar org yg Pro uruskan rambut aku... he knows best! so, selama 2 jam aku dok bertenggek kat kerusi salon tu... dan hasilnye...... AKU TAK PUAS HATI!!!!!! mmg apa yg aku risaukan jadi kenyataan... mmg nampak pelik sgt!! rasa nak suruh dia botakkan jer kepala aku.. aku rela, dari jadi ketawa org nanti!! agaknye camnie ler rasa dlm ANTM bila pompuan2 tu tak puas hati dengan make over Tyra buat kat dia org... dan semangat ANTM jugak ler, aku nekad utk biasakan diri dengan rambut baru aku nie.... maybe pelik sekarang, tapi bila dah biasa nanti... ok la kot...
I've made bad decision and I have to live with it!
aku still memujuk hati!

Isnin, 2 Mac 2009

U ada kwn Gayboy tak?!

well, tu soalan yg ofismate aku tanya secara tiba2. hayo! kenapa tanya aku? agaknye aku pecah lobang kot? well, i just be myself... mmg aku bukan jenis nak cover macho or control straight act... penat la beb!
"em, tak tau ler gayboy ker tak, tapi kalau kwn2 yg lembut tu ada ler..", jelas aku cuba maintain cool. walhal, GB besar kat ofis tu aku la... hehehe..
" tapi yg lembut pun tak semestinya BG kan..", minah nie nak kepastian lagik. aku mengangguk jer. nak explain lebih2 nanti pecah lobang pulak.
" naper lak tiba2 u tanya nie?", tanya aku cuba2 mengorek citer. suspen gak kot2 dia saja2 nak uji aku ker. maklum ler ada jugak 2-3 cobaan serkap jarang minah2 ofis nie yg dapat aku patahkan.
" actually anak sedara i umur 23 thn... entah ler, ada org citer nampak banyk kali dia pegang2 tangan lelaki lain kat lif apartment dia..".
" anak sedara you hensem tak?", opsss!! soalan PLU sgt kan.. hehe.
" alah dia nie pandai bergaya, smart, macho.. kire lelaki metroseksual. kawan2 dia pun cam tu gak. takder yg lembut2...", motif dia dok sebut lembut2 jer nie?!
" tapi kene tgok jugak sapa yg menyampaikannye... bukan leh caya sgt ckp org..", seboleh2nye kite kene la tolong cover kaum2 kite nie kan..! walaupun dah tau, populasi PLU@gayboy nie makin bertambah kat mesia nie.hehe.
" yg bagitau pun sedara dia jugak... dok sekali. banyak kali dah dia nampak budak nie peluk2, siap cium pipi lagik laki lain dlm kete...", hayo, terasa pulak cam aku ngan hans!! choii!! berdebar gak aku.
" dulu dia ada rapat ngan sorg budak nie. dua2 smart, hensem... pastu, lepas raya dia jadi serabut. kwn dia dtg hantar barang2 dia pun nampak serabut mcm frust bercinta..", makin detail ofismate aku bagitau. aku just angguk2 jer la. tak berani nak kasi komen.
" ... dia pun dulu ada gak kwn ngan mat salleh..", fuhh! kelas budak nie... siap penah kapel ngan org putih lagik! mmg dasar PLU KL!!
" tapi I susah nak caya... coz budak nie baik, solat pun tak tinggal... ".
" well, tak mustahil kalau dia gay pun.. cuma kalau dia rosakkan anak dara org lagik huru hara...", tetap jugak ler aku nak tolong cover kaum sejenis aku kan.. hehehe. apapun perbualan kami terhenti bila boss aku mencelah. hayo potong stim betol la org tua tu... anyway, kalau ada kesempatan aku sambung tanya dia lagik!
Related Posts with Thumbnails