
Isnin, 5 Januari 2009
Sayonara 2008, Welcome 2009...!

Jumaat, 26 Disember 2008
Bekam Lintah...

- dia mengeluarkan darah yg bertoksik dari badan.
- air liur lintah ada enzim utk menyahbekukan darah, yg sekaligus menambah mengaliran darah dlm salur darah.
- tak ada kesan lebam2 mcm rawatan bekam biasa tu.
- tak risau tentang penyakit coz lintah nie lepak guna terus di buang. bukan di recycle iye.
well, ada yg bertanya camner lak dikatakan lintah tu isap darah toksik. coz darah mengalir satu badan. jawapannye ialah, kulit merupakan salah satu organ perkumuhan seperti hati dan buah pinggang. kebanyakan toksik dlm badan akan disimpan di hati. dan lebihannye akan di keluarkan melalui air kecik atau air besar, serta melalui peluh. jadi salur darah pada kulit kita membawa sebahagian toksik yg tak mampu di tampung oleh hati. dan sbbkan kite nie jarang sgt nak berpeluh (dok kat aircond, bersenan pun jarang..) jadi banyak toksik akan terkumpul pada kulit. tu sbbnye jerawat naik mcm cendawan jer, ataupun kulit jadi kusam, atau mcm2 penyakit kulit lagik. jadi dengan kata lainnye, darah yg di isap oleh lintah atau di bekam merupakan darah yg mengandungi toksik dlm badan. so, kalau nak kulit wajah jelites... apa kata kite mencuba sama2, rawatan lintah pada wajah!
Isnin, 22 Disember 2008
Main Pusing2 Botol!!
Kehadiran: Kak Long, Kak Ngah, Aku + Hans, Kak Teh1 + Syah, KakTeh2, Kak Chik, Kak Su + KK (lewat).
Untuk menceriakan lagik mlm tu, Kak Long mencadangkan kami main pusing2 botol!! cara main dia lebih kurang cam gabungan "Truth or Dare" dan "Spin the Bottle" yg selalu budak2 org putih dok main masa summer camp or slumber party gitew... cuma rules main pusing2 botol dah diubah sikit. No kiss@ aksi lucah and no dare@ aksi ngeri. jawapan hendaklah truth sahaja iye... walaupun terpaksa menebalkan kulit muka sendiri (tidak menggunakan Revlon atau sewaktu dengannye iye..)cara2 main seperti berikut:
- setiap org akan mengambil giliran utk memusingkan botol.
- bila botol berhenti pusing dan muncung botol menghala pada seseorg. org tersebut dikire sebagai mangsa!
- jadi pemusing botol akan mengambil kesempatan nie utk melepaskan soalan cepumas@maut kepada mangsa.
- mangsa terpaksa jawab dengan sejujur2nye iye... so, pandai2 ler mangsa nak mengolah jawapan agar tak timbul kontroversi iye. mmg berpeluh uols nak menjawab nie...
- akhir sekalik jangan lupa utk menjauhkan objek2 tajam disekeliling, takut ada pulak yg masuk berita utama, kes mati kene cucuk coz main pusing2 botol nie. so berhati2 iye..
- dan tak lupe... couple2 tak leh dok sebelah menyebelah iye.
so mlm tu dengan galaknye, kami memulakan giliran mengikut pangkat adik beradik. bermula dari Kak Long, Kak Ngah, Kak Lang (aku ler..) , Kak Teh1, KakTeh2, KakChik, KakSu, Abg Lang (Hans, laki aku..), Abg Teh1 (Syah) dan akhirnye Abg Su (KK).
Org yg paling banyak kene tanya ada lah Kak Long dan Kak Ngah! ala2 cam ikan tak cukup air jer, tercungap2 nak menjawab. kesian diaorg! dan antara soalan lite2 yg favorite ialah... "dlm kalangan ipar duai nie (Hans, Syah, KK, Amril, Acap), sapa yg paling disukai", dan "dlm adik beradik nie sapa yg paling tak di sukai". soalan kategori mistik lak... " berapa org tok bomoh yg dah berjumpa..?". dan soalan yg mengundang kontroversi lak ialah... " Camner taste KK?", jawapannye lak... " KK sebenarnya Straight! entah ler, KK masih dlm kegelapan...". Hayoo!! hehe... apapun, sebabkan kami nie still ada nilai2 wanita timur, jadi takder la soalan2 yg berbau SENSUAL @ 18SX yg diutarakan. tapi jgn hampa... there will be next round!!! hehehe...
Jumaat, 19 Disember 2008
Apa Dah Jadi Nie...? (part 2)
Kehadiran: Kaklong + Acap, Kak Ngah, aku+Hans, Kak Teh1 + Syah, Kak Teh2, Kak Tam1, Kak Tam2 dan Kak Chik. Hanya Kak Su yg tak dtg. Kak Su dah beberapa kali tak dtg perjumpaan keluarga. kenape iyek?!
Pada mulanye semua berjalan lancar, walaupun sejak dari awal, cara dan riak wajah ayu Kak Long seperti ada yang tak kene. Kak Long seakan2 dingin nak melayan kekecohan kami semua. KakLong lebih merapatkan diri dengan Kak Tam2. Semua mata perasan perbezaan KakLong. Tapi bila lauk2 dah didepan mata, semua perhatian tertumpu pada nasi dlm pinggan jer la. aku seperti biasa ler, melayan buah hati pengarang jantung intan payung aku, Hans mkn. coz aku tau dia mmg suka mkn...opsss!! sory Yang!! hehe.. adik beradik yang lain pun sama tekun mengadap lauk masakan thai. btw, steam fish with lime sauce tu mmg sedap. tak terlalu masam dan tak terlalu pedas. gabungan halia dan bawang putih mmg serasi iye. ditambah pulak dengan rasa manis ikan siakap. mmg sedap!
ok, balik semula kisah adik beradik iyek. selepas semua kenyang, adik beradik BTS dan Acap kuar merokok, ala2 dessert gitew. so, tinggal KakLong sorang di ujung meja. kesempatan tu, Kak Ngan cepat2 dok sebelah KakLong, nak bermanja2 gitu. tapi kami semua tersentak bila Kak Long bangun dan meningalkan Kak Ngah. Masing2 berpandangan sama sendiri. tapi cepat2 kami semua bukak topik lain menceriakan suasana. tapi alhamdulilah, bila Kak Long balik ke meja dan di usik oleh adik beradik yg lain, terus Kak Long jadi ceria semula. apatah lagik, bila Maria dan Normala dah mula menjiwai watak 5 Jingga!
pastu termasuk pulak pasal blog. dan aku rasa bersalah sgt pada semua org... coz sbbkan aku la. tiba2 suasana berubah. Sorry iye uols!!! iye la, sbbkan aku bertanyakan pasal entry Kak Long bertajuk "Kerana Mulut Badan Binasa", dengan senyuman paling plastik pernah aku nampak, Kak Long terus berkata.. " Mulai hari nie Kak Long tak benarkan sesiapapun datang umah Kak Long, kecuali KakTam2 dan KakTam1..!". PANG!!!! semua tergamam. Bila Kak Long melepaskan secebis LAHAR yang terpendam di hati, baru la aku tahu, semuanya kerana isu adik beradik komen rumah KakLong. Aku tak pasti sama ada komen tu dlm bentuk gurauan atau sindiran tajam. tapi yg pasti Kak Long tersinggung. amat tersinggung.
Dalam keadaan yang PANAS dan TEGANG, kami semua bersurai. Tapi dengan kecanggihan zaman wireless nie, bersimpang siul SMS dihantar. masing2 keliru dan tertanya2. tapi aku mengambil pendekatan utk berdiam diri. biar segala cool down dulu. tak nak nanti, ada air mata yg mengalir. Rasa sikit lega bila dapat sms dari Kak Long. Tapi aku tau, Kak Long still perlukan masa dan ruang untuk tenang. coz masih ada yang terpendam.
Pada aku, Kak Long seorg host yg baik. walaupun umah Kak Long sederhana tapi Kak Long cuba memenuhi keselesaan tetamunye. iyela, masa aku tumpang mandi, segalanya di sediakan dari tuala hingga ler ke ubat gigi yang khas utk tetamu katanye. Dan masa Hans tumpang bermalam pun, KakLong kasi Hans tidur atas katil bersama2 (tp ada border di tengah iye...). Tima Kasih iye Kak Long atas layanan selama nie. Dan sory iye kalau ada terlepas kata...
p/s: utk sorg mamat yg emo dan marah terlebih2 sgt tu. tolong iye, jangan nak carut2 kami adik beradik kalau tak kenal kami!
Rabu, 17 Disember 2008
Antara Cinta, Rindu dan Ego...

Selasa, 16 Disember 2008
lelaki dan darah...

Isnin, 15 Disember 2008
Apa Dah Jadi Nie...?

